Posts

Showing posts from 2008

Hematoma

Langkah tahun baru ku disanggah.. Jujuk gembira Maal hijrah ku dihadang.. Termati aku ditumbuk getaran.. Tersentak aku dikejut makhluk asing.. Hematoma.. Mahu mati kamu mahu tak mahu? Mahu langkah kamu mahu tak mahu? Mahu hidup kamu mahu tak mahu? Mahu apa kamu mahu semahu? Bahagia? Bijak neurologist mencerna titik hitam.. Bijak onkologist mewarta perit jerih.. Bijak hematologist membenarkan suasana.. Bijak aku berkawan dengan hematoma.. 'Blood clot'.. kotor sungguh kamu! Kalau ku ikut kata hati.. Hancur luluh pandangan akal.. Lebur jujuh sinaran jalan.. Terus ku langkah tanpa pikir.. Biar gerak batin menunjuk cahaya.. Hematoma, mari bersahabat dengan ku.. setahun lagi.. Muaz Hadi Bingung di Lab E5 Level 2

Da'i yang Gugur

Image
Takbir Ei'dul Adha di surau tanah wakafan.. penuh. Ku pandang bujur wajah jemaah, tulus ikhlas sehingga terpancar cahaya ketelusan. Separuh abad mereka berjuang mendidik melahir rakaiz pendinding agama. Kini mereka sudah tua tapi masih bersama.. bertenaga. Murobbi mereka membida senjata tarbiyah melentur buluh miang bersepuh, tetap diteruskan.. aku kagum dengan mereka semua.. Pagi ini sayu ku terusik.. Aku diasuh di sini, aku membesar di sini. Fikrah tegar meresap dalam jiwa ku. Aku lahir dari sistem 'pendidikan terancang', mahu dilentik menjadi murobbi, da'i yg punya asas dustur yang mapan. Dalam sayu ku menutur lafaz takbir raya..t iba-tiba bahu ku disapa oleh 'Pak Tua' dengan ungkapan "bila balik?". Airmata ku jatuh entah dari mana.. Lusuh mukanya kedut seribu tapi jernih rautnya.. Cikgu Geografi ku rupanya. Aku agak umurnya sudah 70an. Dia mengajar dengan rela setelah pencen, kami gelarnya Cikgu 'SIIT'.. teman, pastu kalian mengingatinya..

Hilangkah Sinar?

Image
Menjangkau tabir senja menutup keindahan siang. 12 jam kecerahan alam di khatulistiwa umpama sekejap buat ku melangkah mencari sinar yang akhirnya tak tercakup jua. Gagal separa sedar, tiun akhirnya menyedarkan.. terkesima terangguk bisu aku meniti sejarah siang. Aku gagal memiliki daerah cinta kasih. Langkah mula bagai pendekar.. tersadung di pertengahan.. bagai musafir mencari seteguk air.. dahaga.. Cahaya oren terbenam matahari meninggalkan aku termanggu.. mengenang kasih terkenang perasaan. Aku tidak cukup baik untuk mereka sehingga tertendangkan.. Aku tidak mampu menjadi Ustaz Amirul 'Puaka Niang Rapik' yang sentiasa tenang perwatakan solehnya. Menjadi diri sendiri bagai menikam empunya diri.. berdosa? Hipokrasi bukan mainan gerak tubuhku, kerana aku yakin aku sudah cukup paksi berdiri.. tapi tempang jua langkahku.. Sinar siang terus berlalu menjelmakan kegelapan.. gelap jua langkahku tak terpandu. Hiba penghuni selangkaku usah diberitakan kerana tak bermakna ianya dilambu

Muaz Hadi dan Pennsylvania

Oleh sebab ramai yang tanya isu ni, jadi aku tulis la skit, mcm mana aku boleh dijemput untuk memberi talk di Center for Molecular Modeling, University of Pennsylvania bulan February 2009. Tapi sebelum tu, aku dengan rendah hati menetapkan yang aku tak akan pergi atas sebab2 yang korang akan perasan bila baca kisah aku ni. hehe. Biarlah ianya menjadi satu kenangan yang manis untuk aku dalam mencapai status 'Otai Enzyme Modeling'. haha, angan2 mau besar beb! Aku dijemput bukan sebagai student MSc UiA tapi atas kapasiti aku sebagai 'external reviewer' di Molecular Modeling punya center bawah National Institute of Health, Amerika Syarikat. Aku mula khidmat kat NIH sejak April 2008, projek basis. Sebenarnya syarat nak join NIH punya research group kena ada PhD, tapi atas beberapa keistimewaan, syarat itu berjaya diabaikan. Jadi disini lah bermula kisah itu.. ada satu projek di CMM-NIH yg tak settle hampir 5 bulan sebab professor kat situ tak dapat nak explain sebab apa stru

Dambaan Sinar

Image
Acapkali kita dihiris dengan suasana.. Selangkah itu juga hilang pandangan mata... Membunuh sinar yang nyata.. Saksi pantulan hilang dari mata kaca.. Seribu terpana.. Hanya bebola mampu membaca sinar..? Ketika ianya hilang terus tegar.. Gantinya.. perlu terus benar.. Hakikatnya mengapa dikejar.. Yang nyata pasti bayang sebenar.. Memburu sinar tanpa mata.. Tafsiran cekal hati terbuka.. Hijab terbuka memberi kata seribu makna.. Apa maknanya tetap sama..? Apa ilusinya benar serupa..? Tafsir sinar lembaran mata hati.. Hebat.. agung makna suci.. Telahan tertambat kata melati.. Harum menusuk.. membaja kalbi Tetap benar.. harapan membudi. Ayuh sinar.. mari dampingi hati melati ku.. Marhaen Juntai @ Muaz Hadi Bilal D2.8

Pistol Ana!

Image
Gentar hati menutur bicara pistol Membunuh.. terbunuh.. aku tak mahu dibunuh Kedebaabom bunyi bom Bukan pistol.. Sahabat ku polis ayahnya Bermain pistol kalah jemarinya Berjaket kalis peluru pakaian kebayanya Sekali senyum nampak bengis nya Bila berjalan gaya polisi Bila bertutur gaya menteri Bila marah pistol terpatri Bila menangis... bom berbunyi.. Tiada yang berani bertegang urat Sekali marah singa tersurat Sekali tengking Raha terkejut Mengalir airmata K.Lina teruntut Kerja Ojan terus terbantut Husna ayunya hilang bagai diparut Penangan anak polis sukar diikut Kedebaabomm gunung berapi dua fasa terbentuk.. Ana anak pak Yahya sahabat ku Seloka ini ku jalin buat senyuman dagu mu Pistol polis bukan gemar ku Seragam polis bukan teman ku Bila susah polis ku cari bukan hantu.. Marhaen Juntai @ Muaz Hadi Mereka2 yang malang dalam Seloka Pistol Ana

Mencari Bahagia Hawa ku..

Sejuk menusuk sum-sum tak gadai panas cintaku padamu. Lingkaran cinta ini mendalam tak tergambar mata kasarmu. Puncak gunung terdaki menggapai awanan salju.. mendung jua menyinggah. Kenapa mendung ku sangka awan biru? Sejuknya mungkin.. menerobos membuat ku hilang pertimbangan, hilang tafsiran nyata... palsu membalut tingkah hati ku, fatamorgana menipu mata hati ku, tertiarap aku pada cinta ini.. Hujung jalan ku cari cinta sejati, tengah jalan terjumpa badai bagai cinta. Ku tabur baja menumbuh bunga cinta, suci ikhlas.. tulus gerakku. Tapi badai tetap badai, hembusan kasar anginnya meluruhkan kelopak bunga ku baja. Tanpa belas, tiupan terus deras.. kelopak bunga gugur ku pungut, air mata mengalir.. hiba luluh hati ku.. sayu benak kalbu ku.. rintihan ini hancur melukut Sahabat.. penuh rasa sayang ku; kosong kau nilai.. Sahabat.. tulus kasih ku; terpinggir hati mu.. Sahabat.. suci cinta ku; tiada nilai buat mu.... Aku akur Jalan ku titi membawa kelopak bunga gugur. Tiada lagi benih bunga

Siapa Marhaen Juntai?

Image
Lebih dari suka, hampir kepada sayang.... cinta? Mundar mandir genre tulisan marhaen seperti Muaz Hadi bulan ini menggalas bukti sakti kasih. Aku masih remaja, terganggu emosi terbawa kasih perkara biasa bukan? Terundang juga rakan-rakan kem sastera membaca blog ini menaikkan semangat marhaen sejati ku berbahasa seperti dulu. Tak ramai yang kenal "Marhaen Juntai" tapi aku tahu ramai juga sarjana kem sastera mengambil karya ku di Astana dulu. Kesempatan berbual setelah sekian lama menyepi tertemu imbasan kehebatan "Marhaen Juntai" suatu ketika dahulu. Atas permintaan 3 sahabat kem sastera, ku ungkap ringkas peribadi jati Marhaen Juntai.. Setelah terbongkar disini, ya aku Marhaen Juntai yang kalian kenali, nama angkatanku Muaz peranakannya Abdul Hadi lestari bonda Hasnah. Aku bukan ahli sastera, tapi bahasa menjadi teman hati ku. Sasteraku bermula dengan citra M.Nasir. Aku pernah dididik oleh Pak Munsyi Cikgu Wahab sekitar tahun 2000, tetapi terlebih dahulu diangkat

Signal diterima

Image
Bahasa bisa terungkam, bila kata terbungkam.. aku baca signal hitam! gerak laku mampu berkata, bila hati resah tak selesa.. aku faham signal berbisa! bijak manusia mengait kata, bijak pujangga merungkai makna.. aku dapat signal rasa! hadir bagai harapan.. datang bagai penawar.. fatamorgana rupa gerangan.. sekali tertipu pujangga gusar.. aku pujangga.. aku pujangga itu.. aku pujangga.. aku pujangga kabur.. aku pujangga.. aku pujangga termain.. aku pujangga.. aku pujangga kecewa.. asa ku bukan taruhannya.. marhaen ku jahil seribu.. aku tangkap, aku dakap.... aku dapat apa signal nya.. kejam sungguh cahaya mataku..

Mencari Cahaya Hati ku..

Image
Bisikan.. Lintasan hati.. khowathir qalb.. Muaz Hadi percaya pada hati ini.. biar golakan listrik nya... tak sempurna.. biar anjakan gamudanya... terbobrak.. sufi mu.. benar ku percaya.. Melati hati ku.. tegar engkau dibajai buntu.. benar engkau terpana seribu.. anggukan hujung dagu mu.. mengeyakan suasana tuju.. aku ditipu? Hijab melati ku tembusi.. mula melangkah mencari erti.. menggapai yang jauh di ufuk dini.. mencari melati 'cahaya hati'.. mencari noraini.. tertangkap seperti terlepas isi.. akhir jalan ku tak pasti.. aku ditipu lagi? Cukup lah.. mengalah apa erti jalan melangkah.. apa makna hati meng-galah.. hujung pasrah.. biar disepak.. hati terserah..

Percaturan Politik Zulkifli Nordin

Image
Hari ni lenguh tulang belakangku membaca nota2 untuk exam hari Jumaat ni. Aku membaca dari lepas Zohor sampai Asar, lepas maghrib aku tido jap sampai isyak, pastu sambung membaca lagi sampai kul 11. Kemudian aku rehat sesambil surfing internet dan update beberapa blog yang perlu. Alhamdulillah, hari ni ada duit masuk ke akaun PayPal, cukup buat makan 2 minggu. huhu. Apa lagi, terus aku ambik kunci keta, gi McD cari bubur ayam ngan Jimik. Layan.. Dah pkul 2.15 pagi, tringat aku pada Zulkifli Nordin, ahh aku mahu menulis tentang dia.. Aku bukan orang politik, bahkan aku benci politik dan percaturannya. Tapi aku kagum perwatakan beberapa figuras politik Malaysia. Mahathir dengan kepintarannya, Anwar dengan kelicikannya dan kini muncul soeorang lagi wira yang merisaukan, Saudara Zulkifli Nordin, ahli parlimen Kulim. Sebelum dia masuk politik, aku banyak belajar dari nya, kuliah2 nya aku hadir mendengar. Tak keterlaluan aku katakan dia adalah individu yg bertanggugjawab menanam benih kerisa

Sepi

Image
Bisikku pada bulan.. Kembalikan temanku.. Kekasihku..Syurgaku.. Tanpa dia..Malam menemaniku. Sepi memelukku.. Bulan jangan biar siang.. Biar alam ini kelam.. Biar ia sepi sepertiku..

Madahku bermadah..

Muaz Hadi bermain kata mengungkap rasa, melahir jiwa menzahir tinta membawa simpulan makna masalah.. hati gerangannya.... Madah ku bermadah sehelai kata.. Aku mampu menerobos sempadan jiwa mencari setitik nila, setompok hitam di celahan karang hati.. tapi tepatkah telahan hati tafsiran nurani ku? Madah ku bermadah secangkir madu.. Cinta kasih terbang bebas, melati putih menguntum berseri bagai dekat ditangan menggapai sejuk dinginnya.. tapi menggapai tak makna tercapai.. mengapa? Madah ku bermadah gurisan hati.. Marhaen mengabdi terabdi khayalan, menguncup perasaan meruntun damak benak ku.. hidup janjinya bahagia, ketenangan temannya nostalgia.. tapi mengapa aku gagal membina nostalgia? Madah ku bermadah seribu impian.. Impian harapan cinta menggunung, langit meninggi, taman ku lewati harum berpunya.. tuan menjaga silat pencaknya, kasih terkeluar melepasi jasad, menjangkaui pintar pilihan tercerna.. tapi mengapa bukan aku pilihannya? Madah ku bermadah pasrah harapan.. Takdir mengunggul

Game OVER vs Harapan!

Image
Huhu, episod malang dah bermula dalam perjalanan hidup aku. Malang ini bercampur baur antara sengaja dan tak terjangka. Biasalah hidup.. Game OVER 1: Masalah hati - Statement "bucuk copy paste ye..ish2" - Absolute GAME OVER!! - Luruh jantung aku, cukup la Muaz, yg ko terhegeh-hegeh apahal?? Game OVER 2: Masalah reputasi - 4 months makan gaji buta, tak ada achievement - Nak g conference tak leh claim sbb tak ada paper nak present - Last projek stuck, tak ada jalan kuar - Apa laa hang ni Muaz, tak malu ke makan gaji buta!! Game OVER 3: Masalah Prinsip - Bulan ni contract habis - Boss sruh sambung, tapi aku mengambil prinsip pertanggungjawaban - Dah 4 bulan sblm ni tak ada progress, takkan la aku nak sambung lagik contract - 5 bulan lagik pun bukan sempat nak buat apa pun sbb sibuk ngan kelas - Jadi kalau aku amik contract ni mmg makan gaji buta la - Tu lah hang Muaz, byk sgt plan, keje buat diam2, lain kali buat keje biar skit, tapi heboh kasik satu department tahu! Game OVER 4

Eid Mubarak!

Image
Eid Mubarak, Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin. Kalau ada salah dan silap, kita insan biasa lah buat salah, jadi harap di maafkan. Kadang lidah ni pun senang sangat berkata2 dan kadang terlepas cakap mengguris hati sesapa pun harap di maafkan jugak. Kira halal lah di hari raya. Ucapan hari raya yang paling berharga tahun ni ialah dari boss, Dr.amzah. Isk isk tak sangka dia igt juga pada aku yang kerdil ni. Thank you sir!!

Sahabat.. aku merindui mu

Mencari teman memang mudah, tapi bak kata sarjana, teman menangis sukar ditemui. Kemerdekaan esok mengimbau nostalgia sahabatku Allahyarham Pengiran Muhammad Kamal yang aku kenali lebih 4 tahun. Pada tahun 2002, dia kembali ke Rahmatullah meninggalkan aku sahabat yang dia kasihi. 6 tahun berlalu, kerinduanku tidak berkurang. Dikala aku sedih, masalah menimpa, aku perlukan kehadiranmu. Terima kasih engkau hadir dalam mimpi-mimpi ku. Terima kasih kerna menemani tangisan ku biar sekadar mimpi. Aku bahagia.. Aku punya ramai kawan, tapi tak ada yang aku mampu peluk dan menangis dibahunya. Aku punya masalah bertimbun, aku punya hati yang serabut, aku punya jiwa yang kacau, alam juga pengganti mu sahabat. Sahabat, tidak kah kau merindui ku? Sahabat.. Kalau dapat ku ukir senyuman mu, Pasti ku jadikan ia arca nostalgia ku.. Kalau dapat ku pintal gurauan mu, Pasti ku jadikan tali ingatan buat ku.. Kalau dapat ku pinjam hati mu, Pasti ku tukarkan menjadi hati ku.. Kalau dapat ku bertemu mu, Pas

Graduation - Happiness

Image
August 24, majlis konvokesyen. Grad dah lama, bulan 12 2007, tapi UIA convo setahun skali je. Tak banyak gambar, sbb terkejar2 ke sana kemari. Ada la sekeping dua. Ni gambar dari kamera aswad. tq aswad. Dr kiri, Ain (Ms Mushroom), Aswad (QA engineer), Sheyna (Engineer gak), Huda (masters UTM) n aku yg kurang masa depan. Hahhaha Progress aku plak; Dec 2007 - Mac 2008 : Research Assistant - Biotech Dept Feb 2008 : Scientific Symposium Mac 2008 : National PG Conference, UTP Mac - Jun 2008 : Graduate Research Assistant May 2008 : International Conference in Advancement of Sc&Tech Jun 2008 : Contract mati, menganggur sebulan July 2008 : PG student, MSc Biotechnology Engineering July - Oct 2008 : Graduate Research Assistant

Konvo - 24/8/08

Yeah konvokesyen bakal berlangsung hujung minggu ni, walaupun aku dah grad bulan 12 tahun lepas, tapi UIA ni konvo setahun skali daa. jadi tahun ni baru convo. Mesti best jumpa kengkawan yang dah lama tak jumpa. Ada yang akan bawak tunang, isteri, suami dan yang bawak anak pun sakan nak cass! Pali dah dapat anak, Asral dah kawin, Alin dan tunang, Awis dah berpunya, haha aku bujang lagik..still. Yang tak boleh tahan, aku tak ada business kad, mesti yang datang nanti bertukar2 bisnes kad, ni yang tension ni. Ye lah, ada yang dah jadi engineer, ada yang scientist, ada pegawai krajaan, macam2 ada. Aku apalah ada, yang ada hanya perut buncit ku yang panti dirindui ramai! haha. Apa aku meraban ni. Ni lah nasib aku, student lagik, nak kawin pun tak ada duit, lepak2 je lah, gelap ke masa depan aku?? Nantikan... Dah2 nak gi kelas pulak!

Tajam-tajam si kulit durian

Image
Minggu lepas asyik makan durian je. Tiap2 hari ada je durian sampai kat bilik. Durian Perak, Johor, Pahang semua ada. Aku tak la suka sangat durian tapi tu lah dah 'rejeki' datang, aku sapu saja. 'Afala ya'mus' skit je pun... Mengkaji sudut pandangan simbolika durian, bagaimana tajamnya duri kulit nya dan bagaimana sedap nya isi buahnya bagai tiada keselarian antara keduanya. Seharusnya, menurut pandangan normality, luarnya seharusnya cantik berpadanan dengan isinya yang enak. Baru ngam orang kata! Mungkin ada yang tersembunyi yang harus disingkap dan dipelajari, kerana apa saja yang diciptakan pasti ada sebab dan musababnya.. "Rabbana maa kholaqta haaza baatilaa.. subhaanaka innii kuntu minaz aalimin." Ya Allah ya Tuhan kami, sesungguhnya tidak engkau jadikan sesuatu itu dengan sia-sia, Maha Suci engkau..." Begitu juga lumrah manusia agaknya. Kadang kita silap enilai orang. Melihat fizikal luaranya, berwajah bengis, 'tak ensem', gemuk..haha..

Cinta tak bersatu..

Image
Cinta dan kasih bagai umpanan merimbun merentap keinginan manusia memilikinya. Manusia mahu mencintai dan dicintai. Kasih mahu di kasih tanpa terkasih. Banyak sasterawan ahli puitis memadahkan puisi kasih yang akhirnya persis kepada cinta kepada Pencipta. Itu tak dapat dinafikan, itu cinta yang hakiki tiada bantahan... aku juga akur kepada sang pujangga. Memang menjadi lumrah manusia diciptakan berpasangan, tapi bagaimana bisa kita tahu mana satu pasangan kita? Aku kurang mengerti tak mungkin tak siapa pun tahu bagaimana. Kadang kita sukakan seseorang tapi dia sudah berpunya, kadang ada orang suka kan kita tapi kita tak suka kan dia. Bagaimana hidup ini bisa dicerakinkan? Apabila kita suka kan seseorang perlukan kita terus berusaha walaupun kita tahu dia sudah berpunya? Pernah ku terdengar kata-kata 'cinta tak semesti bersatu' dan 'love is letting go'. Ya mungkin aku bersetuju. Apa yang penting ialah, kalau kita cintakan seseorang kita mahu melihat dia bahagia walaupun

Mencari Erti Hidup

Image
Alhamdulillah, minggu ni dah start kelas Masters program aku. Aku kena abiskan 20 kredit sblm start research. Tak lah banyak sgt, 2 sem dah abis. Sem ni dua core subjek dari Dr.Ramlan dan Dr. Elwathig, satu subjek ethics dari Dr.Abdi n satu Seminar. Lama gak tak masuk kelas jadi ala ala cuak. Haha. Apa apa pun aku akan cuba enjoy setiap kelas, skrg kena ubah style studi lah, "enjoy studi" bukan lagi "studi untuk enjoy". Ye lah kita dimomokkan untuk studi tinggi2 untuk untuk dapat kerja yang bagus, gaji yang besar, hidup yang sejahtera etc. Padahal semua itu lebih bermatlamatkan dunia kan? Siapa salah? Kadang kita tersilap antara matlamat dan keperluan. Kadang kita tiada matlamat, yang ada hanyalah 'memenuhi keperluan'. Kerja tetap, gaji besar, isteri cantik itu semua keperluan kata orang bijak pandai. Itu bukan matlamat. Aku mahu membina sebuah mahligai dalam masa 15 tahun lagi, itu pulak apa? Keperluan? Matlamat? Yang pasti ianya bukan matlamat yang hakiki.

Terma dan Syarat - Interpretasi Puisi

Cabaran interpretasi Puisi karya Muaz Hadi Benda ni just for fun je, jadi caranya macam ni. kita mulakan dengan post ni http://damai-hati-ini.blogspot.com/2009/06/aku-redha.html - korang post korang punya tafsiran/apa yang korang faham kat situ. - terpulang lah nak tafsir line by line ke, rangkap by rangkap ke tak pun summary semua ke - pemenang akan dinilai menurut apa yang aku rasa best - tarikh tutup komen tafsiran itu ialah bila aku ada post seterusnya. maknanya by the time aku post puisi seterusnya, komen/tafsiran/interpretasi utk puisi tu ditutup dan pemenang akan diumumkan. Lepas tu pertandingan akan dilangsungkan untuk puisi seterusnya pulak. Jumlah penyertaan terhad kepada 3 je untuk satu puisi. hehe Hadiahnya RM10 (cimb bank in/reload top up).

Kisah Sang Blogger

Huhu, aku ni blogger ke? Soalan penting tu.. Alah pedulik apa, yg penting aku tenang dengan dunia ku. Ada masa lapang aku membebel, ada masa lapang aku mencari mana peluang mencari duit, ada masa lapang aku belajar, aku mengajar, aku membaca, aku mendengar, aku melihat dan apa-apa yang baru ku anggap ilmu berguna buat ku, apa yg lama, ku anggap satu peringatan. Itu sahaja.. Yang penting ada keseimbangan dan aku tahu apa yang aku nak dalam hidup. Biar ada hala tuju, biar ada arah panduan baru tak tersungkur. Sedar tak sedar aku dah punya 4 Google id dengan 11 blog termasuk blog ini, semuanya masih berfungsi. Paling tidak akan ada saja tulisan baru sekurang-kurang nya sekali sebulan. Kalau aku tak punya masa, aku link kan saja article org lain, asal kan pembaca blog ku dapat ilmu, penulis artikel itu dapat mengembangkan ilmu itu dan aku sebagai medium untuk mereka memberi dan menerima. Secara detail nya; 2 religious blog, asal nya 2, tapi sbb tak terkawal, aku tutup satu sbb aku bukan us

Euro2008: Italy vs Holland

Image
The best match I've ever seen.! Serius tak tipu. Terbayek. Holland mencatat kemenangan besar 3-0 ke atas Juara Dunia Italy dengan gol oleh Van Nistelrooy, Wesley Sneider n Gio. Semua player dari Liga Sepanyol. Gol Nistelrooy mmg outside tapi aku malas nak komen. Huhu.. Sebenarnya aku mmg tak ikut Euro2008 sbb tak ada England, bukan la sbb aku fan England, tp sbb aku suka tgk England main, Beckham still da best. huhu. Tapi smlm aku lapar, aku turun bli burger, pastu lepak la jap. Start match je dua2 team lancar giler, laju, pantas, passing terbayek, mmg best la. Trus aku lekat kat situ. Tapi mmg best, sesapa yg nak tgk quality football boleh cari rakaman match ni. Aku rasa Italy kena pakai striker tua la, Inzaghi n Del Peiro, yg ada smlm tak jalan sgt, tumpul. Passing dari Pirlo mmg dah ajaib, superb tapi tu lah tak ada penyudah yg bagus. Tapi yg paling best gol Sneider, lawa seh, bijak. Counter attack yg cemerlang. Ni nak ajak Van baasten masuk Chelsea ni.Entah, tapi dulu masa Mour

Aku dah Hidup ku..

Ahh tak mengantuk, fikir punya fikir, baik aku tulis satu entry pasal aku je lah.. dah seminggu tak ada new entry kat blog ni.. hehe. aku tgk stat aku ada je org masuk hari2, entah sapa lah yg minat baca blog merapu aku ni. huhu. Apa2 pun, I got a new hp!! N70 aku kena curik, dekat 1 bulan jugak aku tak pakai henpon, ye lah, bila nak kuar duit sendiri bli henpon, mmg rasa berat tangan. Jadi dengan berkat cuti sekolah, aku pulang ke rumah kerana kakak2 aku semua balik umah. Sorang2 aku paw, jadi dapat lah fon murah buatan Malaysia, CSL. Boleh tahan jugak. tQ Kak Cik Umamah. MMg dari dulu aku tak pernah bli hp, fon pertama aku Nokia3310, kena rembat kat matrik, Kak Cik jugak yg hadiahkan. Fon kedua aku Nokia "Butterfly", Kak Lin yg bli kan. Sayang kak lin. Mahal masa tuh.. Tapi bila masuk main camp, fon tu rosak, boleh sms je, fon tak dgr apa2. Pastu mak sedara aku hadiahkan henpon baru, Nokia "sabun". Masa tuh RM1k lebih harga dia. Gila la mak ndak bagi henpon mahal

John Terry..oh John Terry

Robek hati ku melihat kegagalan John Terry menyempurnakan sepakan penalti kemenangan untuk Chelsea tadi.. Kita kalah lagi pada Man United, kalah di EPL, kalah di CL.. Pasti ramai yg kecewa, tatkala fan Chelsea punya 98% konfiden untuk menang apabila Petr Cech berjaya menepis sepakan Ronaldo kita dikecewakan oleh Captain ulung kita.. Apa justifikasinya? Apa rencana hayat nya.. Apa apa boleh berlaku, manusia hanya meancang, Tuhan juga yg menentukan. Kami pasrah, hati ku duka, melati ku parah terpana..

Panglima membongkar, wira terkancing

Aku mahu menulis lagi.. walaupun sebenarnya aku tidak punya banyak masa. Assignment yg sepatut nya siap 20hb belum ku siapkan lagi. Ahh tak mengapa, biar aku respon isu baru ini dahulu, baru tenang hati melati ku.. Pada post yg lepas sudah ku katakan yg nahkhoda kapal punya senjata rahsia. Banyak meriam, panah, bom2 jangka yg sudah berderet mahu dilepaskan. Ombak itu mesti dijinakkan. Ombak itu mesti dihapuskan. Wira-wira tak tercanang terus mencanang lagi, diri-diri terkecut terus mengecutkan diri, tak tahu mana mahu di sokong, mana mahu di dukung. Huh kepentingan masih jadi percaturannya. Kalau nahkhoda kapal disokong mungkin selamat perut anak bini ku, tapi kalau nahkhoda itu tumpas terpalok, mana untung nasib ku. Aduh pening mahu memikirkan. Ehh lupa, aku bukan menteri, aku bukan timbalan menteri, aku bukan penasihat bertaraf menteri.. Aku hanya ahli di kampung. Ahli kampung pun punya kepentingan, mana tahu aku bisa jadi jagoan di masa mendatang.. Heboh siapa melepaskan bom beracun

Dr Mahathir Mohamad: Pengumuman Keluar Dari UMNO

Dr Mahathir Mohamad: Pengumuman Keluar Dari UMNO

Ombak VS Kapal

Aku nanti kan subuh yg bakal menjelma barang seminit dua.. Entah bila kitaran hidup ini bercanda berubah putarannya... Aku manusia malam kini. Kenapa begitu? Fikiran ku terasa tinggi prestasinya di malam hari. Kerja2 panulisan serta pembacaan ku pantas di malam hari. Ini kelebihan atau kelemahan? Apa banci kata hati, biar melati ku terus berhati.. Ku sulusuri blog sahabat handai, wah ku terbaca tentang tokoh negara keluar parti mahu mengemudi ombak menghempas kapal. Haluan kiri kah? Kanan kah? Tersilap langkah terhunus keris menikam lapisan adipos menyucuk kesarjanaan. Keluarnya dia mahu membuah ombak besar, tapi ombak itu kalau besar jahat jadi nya, kalau kecil tenang bunyi nya. Mana satu natijah ombak jadian ini? Semalaman hanya 'wira tua' projek kelapa, padi di bumbung dan lain2 idea bombastik yg turut serta membuat ombak. Tapi ku sanjung juga kependekaran kedua2 wira tua ini.. Hehe menggeletis pundak dada ku. Apa aku sudah gila? Aku kagum? Hey sang pujangga hati melati, ken

Malam Sepi Kesyahduan..

Ku nanti malam, bagai si pungguk menantikan bulan nya.. Kerna malam bisa menenangkan daku, kerna malam bisa mendamaikan hati melati ku.. kerna malam punya kesejukan selesa mendampingi benak fikiran, merungkai untaian tribulasi siang.. Malam itu kurnia, malam itu anugerah, malam itu lurah kasih sayang a'bid kepada Tuhannya.. Munajat diri hamba di sepertiga malam, memohon kesyahduan sanubari, membekal kecekalan rohani..Moga ini menjadi benteng perisai diri agar tidak tersungkur dengan haloba dunia.. Malam tetap bernyawa.. Malam punya cahaya buat mereka yg taat, malam punya erti buat mereka yg patuh, malam punya syahdunya buat perindu pada yg Azali. Tidak ada permulaan, tidak ada pengakhiran, tidak ada sempadan, tiada bertempat, tiada terkandung jisim... Itu lah tunjang sandaran a'bid di malam hari, Tuhan yg Esa, tiada teragih kerna Allah itu juzuk yg tidak terbahagi.. Itu aqidah kita, itu pegangan a'bid, itu paksi kepatuhan tunduk syukur penuh keinsafan berteman malam sepi ke

Sejuta kata.. Hati melati..

Insan punya lidah yg bisa berkata.. Insan punya akal yg bisa menilai.. Insan punya rasa yg bisa mengesan dan terkesan.. Insan punya kelengkapan pancaindera yg luar biasa takdir aplikasinya.. Semua itu harus dihargai, rahmat itu tidak bisa dibeli.. Sesuatu bisa merintih menyentap sanubari tatkala emosi berjajaran terkesima.. Air mata bisa berkaca meluruti pipi, marah berapi tersembur dari diri, keserabutan bertali-temali kadang meresahkan diri.. Dari mana itu semua? Di mana puncanya? Kadang ku tenang dengan nya, kadang ku semak benak fikiran ku dengan nya... Itu emosi.. Itu responsi.. Itu diri ku.. Itu hati ku kalbu ku yg punya seribu satu deria. Uniknya hati bila beresponsi.. Sukar untuk dikawal, sukar untuk dikekang bagai sang naga melepaskan api nya, bagai salji menerobos sum sum dengan kesejukan nya.. Apa kita punya kuasa melampiaskan hati ini? Apa kita punya kekuatan menundukkan hati ini? Kadang ianya bagai objek asing, kadang ia teman rapat di sisi... Tapi itu komplementari, tanpa