Signal diterima

Thursday, November 20, 2008 | Labels: | |
Share


Bahasa bisa terungkam,
bila kata terbungkam..
aku baca signal hitam!

gerak laku mampu berkata,
bila hati resah tak selesa..
aku faham signal berbisa!

bijak manusia mengait kata,
bijak pujangga merungkai makna..
aku dapat signal rasa!

hadir bagai harapan..
datang bagai penawar..
fatamorgana rupa gerangan..
sekali tertipu pujangga gusar..

aku pujangga.. aku pujangga itu..
aku pujangga.. aku pujangga kabur..
aku pujangga.. aku pujangga termain..
aku pujangga.. aku pujangga kecewa..

asa ku bukan taruhannya..
marhaen ku jahil seribu..
aku tangkap, aku dakap.... aku dapat apa signal nya..

kejam sungguh cahaya mataku..

5 comments:

  1. Niza says:

    'marhaen' aku dtg lagik! wei jom la gi janda baik, kita sastera kat sana. komen aku untuk kali ini;
    - kata emosi, wei ko emo apasal?
    - rangkap 1-3, 2 ayat dah cukup sempurna, ayat "ketiga" untuk ketiga2 rangkap tu ko bleh bawak lepas rangkap 'pujangga'
    - tapi aku rasa ayat tu ko guna untuk stress some hidden points, isn't it?
    - gaya bahasa tak tersusun mcm yg sebelum ni, nampak sangat ko emo.
    - luahan hati ek?

  2. titiwina says:

    wah hampir 2 jam titi meneliti blog ni, ada saja engkau di mana-mana ye niza! ada apa-apa ke? (kena pakai jilbab la kalau nak abg marhaen - hihi!!).

    titi tak berani nak komen karya abg marhaen, tapi tulisan ini memang ada masalah sedikit jika dibandingkan dengan tulisan yang lain. titi bagi peluang abg syihab komen, semalam dah bagitau dia pasal blog abg marhaen

  3. Muaz Hadi says:

    niza n titi. timo kaseh la sbb sudi membaca. yg ni unik skit, tak terhurai. hehe. mana syihab tak bersuara pun?

  4. syihabudin says:

    abg syihab sedikit setuju dgn pandangan niza. rangkap 1-3 dah cukup sempurna kalau begini;

    Bahasa bisa terungkam,
    bila kata terbungkam..

    gerak laku mampu berkata,
    bila hati resah tak selesa..

    bijak manusia mengait kata,
    bijak pujangga merungkai makna..

    ayat yang ketiga untuk ketiga2 rangkap itu lebih kpd menambahkan tashdid penekanan emosi. teknik tu mmg tahap tinggi dalam bahasa, tapi rasanya kurang masuk ayat2 marhaen tu. mungkin boleh diolah sedikit.

  5. Muaz Hadi says:

    itu aje yg termampu syihab. ye lah ilmu karat2 dah lama tak buat, jadi cuba selit2 kan

There was an error in this gadget