Bawakan aku bahagia ku..

Wednesday, March 20, 2013 | Labels: | 13 comments |
Share

Apa khabar CINTA?
Masih ingat akan daku?
..yang satu masa teman karib mu
..yang satu ketika sahabat cita mu

Pernah ketika itu kita bersama jalan
senyum.. kau lemparkan manis mu
berbunga.. kau dambakan kalbu ku
berdakapan.. kau peluki aku
masih ingat semua itu cinta?

Eh bagaimana dengan rakan kita.. KASIH?
Aku rindu dia.. sama seperti kamu
Aku rindu kamu berdua..

Ketahui lah CINTA
Pandang lah aku KASIH
jiwa ku bersalut duka
hari-hari ku berduri luka
langkah ku sumbang sadung
gelincir dampar bersaling memaling
esak menangis bersulam alam
mengerti kah kalian?

Aku tidak mahu merayu
kerana rayu ku pilu..

Aku tidak mahu meminta
kerana pinta ku merana..

Aduhai CINTA..
Aduhai KASIH..

Kenapa tinggalkan aku bersama sengsara
Kenapa biarkan aku berteman durja
.. yang menyeksakan
.. yang mengguriskan
.. yang menggusarkan
Seolah tiada hujung

Cinta..
Kasih..
Kembalikan aku pada senyum ku
Bawakan aku bahagia ku..


- Muaz Hadi

Kredit gambar Psychcentral.com

There was an error in this gadget