Posts

Showing posts from October, 2010

Bayang tak jelma..

Image
Sakit ini dahaga rindu yang tak mahu diabaikan kerana putihnya sinar yang menyirami wajah leka laksana dulu menyembur kata bukan tak sayang sembunyi wajah bukan tak rindu lama tak jumpa tak putus rasa di angin lalu ku alun kasih menyendiri asa.. ..terhambat suasa duka wahai alam ku dambakan hembusan salju biar bulan menangis tapi aku tak mahu biar matahari panas tapi aku tak terik cahaya ke cahaya mencari kandungan tiada tangis kerana tangis itu sudah dikuburkan alahai... aduhai mahu ku kucup bayangan.. .. tapi mana bisa ada bebayang .. tanpa tangis sang rembulan .. tanpa terik sang mentari kerana mereka kandung cahaya ..dan cahaya lahir bayang.. makanya intizar ini.. bayang tak jelma.. - Muaz Hadi -

Gelombang -Salamiah Hasan

Image
Nasibku dirundung malang Sederas gelombang Menghempas di pantai Semalam aku ternoda Dalam sinar cahaya di jendela Tiada esok lagi Gelap masa depan Sinar hidup ini tiada erti Hidupku seperti badai Tak henti gelora Musnahlah segala Perasaan dan harapan Untuk hari esok tiada lagi Oh Tuhanku KepadaMu ku pohon ampun doa restu Lindungilah daku yang tidak berdaya Di bumiMu ini

Sukma Pilu

sarat jiwa yang satu tak mahu sedih mengampun perasaan marhaen yang ikhlas sulaman kasih membina titian suci mahabbah tanpa harapan refleksi kerana ianya tulus menuju kudus yang sangat zalil pujuk hati yang duka tak mahu tangis aduhai perjalanan ini manis tunggangannya diisi minyak biar bercahaya ditiup biar membara akhirnya padam sebelum perlu ..bertemu akhir yang harus bertamu lembutkan ubun yang mengikat tak mahu tahan pergilah cahaya usah ragu langkah sahaja dengan senyuman telah biasa roh dan jasad ini.. ...gelincir di hati ...sukma pilu -muaz hadi-