Posts

Showing posts from January, 2009

Catatan Ringkas

Image
Heh, lama aku tak menggomel sendiri kat blog ni. wah boleh tahan traffic blog ni sejak akhir2 ni. Terima kasih untuk yang melawat dan kasik backlink ke blog ni. Owh ya, untuk pelawat setia, ebook "Antologi Kudung Cinta" dah hampir siap. Ebook ni saja2 je, compile beberapa puisi dalam blog ni plus beberapa puisi lain yang tak publish kat sini. Bnda ni extension dari 13 puisi yang diambil oleh pihak kem sastera untuk seminar penulisan puisi. Jadi idea tu datang dari situ, apa salahnya kalau aku compile kan puisi2 tuh jadikan satu cerita n buah tangan untuk kengkawan. kan..? Ramai yang dah tau dari post aku bulan september kot pasal aku tak ada gaji tetap mulai bulan 10 atas dasar prinsip yng aku pegang (cewah..mengade!). Masa post tu aku cakap mungkin sampai bulan April atau Mei 2009. Jadi sejak tuh aku mmg struggle cari duit online untuk support duit minyak keta, yuran uni, sewa umah, bil telepon, duit makan, duit berpoya2 dan segala macam perbelanjaan lah. Best jugak sampai a

Rebah Hati Menanti Mithali

Image
Tersungkur rebah tertiarap tanpa kerlipan.. Seluruh jasad menyembah bumi Azabnya..mencalar tunjang keyakinan Tak sanggup ku toleh untuk bangun lagi.. Bukan kaki dipangkas.. ...tapi kalbu digilis.. Remuk.. parah.. apa mampu terpulih.. Hiba diramas bersulam kecewa.. Terpalit lumpur pada hujung hati.. pedih.. Sedih dasar namun.. ada yang tertawa.. Total tersungkur aku pada yang memilih.. Rebah aku dipangkuan hati sendiri.. Rebah aku apa mampu ku bangun kembali.. Rebah aku menuntut.. penawar mithali Muaz Hadi Katil Wad Neurology

Sehati SejAwa

Mula melangkah merentas denai.. haluan sengsara hujung terbahagi.. apa mungkin jalan ku benar ku cari? apa lorongnya bahagia lestari? yang aku mahu hanya sehati.. Jiwaku bermandi darah jawa.. tegar hayat ku adat berintangan.. biar teman hidup sehati sejiwa.. kelak langkah ku berteman seiringan.. maksud hati mahu sehati sejAwa.. Biar bahagia membawa maksud sengsara.. biar gembira membawa maksud derita.. yang penting maksud hati ku terlaksana.. ..hasrat nurani ku terbuat juga.. aku mahu dia.. sehati sejAwa.. Muaz Hadi e5, Jan 10, 11.24pm **Sinopsis Penceritaan sinis buat mereka yg bertegas nak kawin dengan pilihan hati sendiri walau terdapat halangan dan berita yang kurang memuaskan tentang pasangan masing2. Frasa "biar bahagia membawa maksud sengsara.., maksud derita.." melankolik kedegilan yang melampau tetap dengan hasrat hati walau tahu natijah buruk bakal mendatang.

Aku Jejaka Boroi (seloka Kasih)

Lenggok tubuh ku tidak melenggok.. Lipatan perut ku tiada berlipat.. Tebal daging ku berlapis lemak.. Sudah gemuk apa nak buat! Lelaki gerangan ku tiada disangkal Tulen maskulin ku jangan diuji Jiwa ku lembut gerak ku handal Jantan lagak ku gaya suami! Buncit ku bukan sebarangan.. Gendut ku bukan halangan.. Boroi ku punya imbangan.. ‘Sehat’ ku bukan mainan! Ya.. aku lelaki gemuk Bukan hela nafas kecewa.. Tapi rela perasaan merusuk. Itu aku.. tetap aku.. kenapa ditanya? Muaz Hadi p/s sambil menikmati melon shisha..

Tatih Rindu

Rindu ku tertatih.. Tak tercapai maksud bahagia.. pedih.. Ku biarkan rindu berterbangan di awan.. agar dapat ku renung biar jauh dari capaian.. Ku biarkan rindu asyik melambai.. agar ku rasa syahdu kasih merindui.. Ku biarkan rindu sejuk melewat kalbu.. apa lagi tinggal dalam dingin kalbu hati ku? Ku biarkan rindu tak terubat.. apa bisa rindu ini di rawat? Muaz Hadi Lewat malam.. E5

Adiwarna Hati 2008

Akar kukuh menjalar menjadi paksi bersaksi.. Teguhnya jangkauan malar jiwa bermisi.. Agresif kayuhan tak tersampai destinasi.. Tersasar.. jauh terarah dari liputan asal peribadi.. Aku hanyut berpuisi.. Tirai senja 2008 berlabuh menutup jangkanya.. Apa azaman nya terhenti sayu tanpa gemilang lantera? Apa harapan nya terkatup lesu tanpa gembira? Apa capaian nya terbantut tanpa garis jaya? Tiada yang berjaya didakap.. hampa Lautan ku renung dalam birunya mengasyikkan.. Fikiran jauh melayang tak kepayang diimbaskan.. Mana kasih ku tagih tahunan tak terdatangkan.. Melukut lagi aku di tahun dua ribu lapan.. Benar kata nista.. kembang bunga tak lama di laman.. Jalan hidup mesti diteruskan.. Biar dihadang ombak dugaan.. Biar dihalang sakit hentakan.. Langkah buka mahu diiringkan.. Berbekal hati jitu semerah lipan.. Ya Allah.. Kurniakan aku hati yang lurus.. jangan terbelok Kurniakan aku hati yang teguh.. jangan terkepak Kurniakan aku hati yang suci.. jangan tercemar Kurniakan aku hati yang sub