Posts

Showing posts from October, 2009

Aku sentiasa sendiri..

Aku punya penyembuh luka tapi penyembuh itu yang melukakan hati ku luka... Aku punya penawar duka tapi penawar itu yang mendukakan hati ku duka... Aku punya penyandar tika hiba tapi penyandar itu yang menghibakan hati ku hiba... bisa sungguh katanya... menghiris azab sunggup diskripsikanya... menyucuk kejam sungguh andaiannya... menikam aku katanya tiada berperikemanusiaan.. benarkah? dia menyesal jadi penyembuh luka dia menyesal jadi penawar duka dia menyesal jadi penyandar hiba dia menyesal kerana selalu menyokong dia sungguh menyesal.. mari angin hiburkan hati ku biar aku tenang semula biar alam juga tahu ..aku sentiasa sendiri.. T_T -Muaz Hadi-

Biar tak Gugur..

Image
Berjalan mencari bunga yang harum.. tak pasti sudah sejauh mana jalan ditelusuri. Tak sedar juga patah dahan yang dipijak.. mungkin kerana rapuhnya patahan itu. Bila mahu akhirnya langkah ini.. yang aku harap sinar nan bahagia. Siapa kata aku tak sedar.. akan racun dan duri di kanan kiri ku.. aku sedar.. tapi aku punya ubatnya.. aku punya pembalutnya.. aku punya bebatnya buat bekal. Tersadung aku, masih mampu bangun.. ketawa senyum.. tapi dalam kalbu mengharap.. cahaya nian yang biar panas tapi menerangi.. sedar jua ancaman hangus tapi tak aku peduli.. mungkin kerana, manis dan merdu.. aksara kasih yang telah tertanam ini.. masih mekar menanti ranum buah biar tak gugur.. -Muaz Hadi-

Aku Sudah Terlalu rindu..

Image
berlayar aku di lautan ..cuba mencari tenang merantau aku di dataran ..cuba mengais rasa terbang aku ke langit luas ..cuba membuang nostalgia akhir aku kembali terdampar ingat kan kamu.. dambakan kamu.. mencari kamu.. dan sesungguhnya .. aku sudah terlalu rindu aksara kata: Muaz Hadi

Tersungkur Lagi..

Image
Melati itu kembang terpana mata arjuna seakan memanggil nyata.. senyuman itu melambai mengarah mengutus harapan bela mengirim panji mendeka melangkah jua cuba menghidu.. kasih mewangi mencari.. aksara kasih melakar.. bait kata puji destinasi dituju hilang.. mana arahnya pilu.. mana janjinya hiba.. ya Tuhan.. tersungkur lagi aku -Muaz Hadi-

Nostalgia tak Bahagia..

Usirkan saja pilu itu kerana ianya begitu memedihkan tak tertanggung kadang menyerang terasakan bagai mahu meniti titian runcing ayuh.. buangkan.. buang saja pilu itu Usirkan saja rindu itu kerana ianya mengundang airmata berderu tak terkawal ketika menampakkan lemah hati dalam terasa ayuh.. buangkan.. buang saja rindu itu tapi aku mahu hidup dengannya.. aku mahu hidup dengan alunan nostalgia kerana ianya kadang menenangkan aku aku tak mahu ianya hilang aku tak rela ianya lupus aku mahu tenang dengannya kerana kadang bunga itu mewangi semula nostalgia itu pedih tapi membahagiakan.