Posts

Showing posts from March, 2010

Getis Pimpinan Amarah

Apakala yang dilaku tiada sedari terus sahaja mengundang padah durjana yang akhirnya terpalit hamis sendiri yang mana sesalnya mungkin.. ..tapi parutnya tak pasti sembuh manusia tolonglah hormati ikatan insan jangan dilanggar batasan itu apa dicari apa diharap apa dibuktikan kerna tiada yang diakal mu yang ada pada mu hanyalah.. .. khayalan getis pimpinan amarah jadilah insan bukan manusia murahan mengikut arus yang kononnya suci tapi sebenarnya busuk bernanah yang sehari-hari tambah nazak pada akhirnya pasti mereput.. .. apa mahu begitu? Muaz Hadi

Kau Pergi Tanpa Pesan..

Kemanakah... Akan ku cari Gelap terasa.. dunia ini Bagai tiada matahari Kau pergi tanpa pesan ku nanti tiada datang Di mana kau kini Di mana kau kini Aku tiada bertahan lagi Aduh...! Aduh..! Aduh.. duh.. duh.. Apakah kau tak sedar Janji suci kau patahkan Di mana ku cari Di mana ku cari Aku tiada terdaya lagi Aduh...! Aduh..! Aduh.. duh.. duh.. Putuslah harapanku... Lebih rasa ku menunggu ( ulang 2X ) Ke mana ku akan pergi Tempat bernaung diri Berkorban apa saja Demi untuk yang ku cinta Siksa dan derita Telah ku terima Tapi aku tak bahagia Aduh...! Aduh..! Aduh.. duh.. duh.. Ahai.. Ahai... Dato' Pah nyanyi tak ikut lirik asal... ni yang asal, tapi tak boleh embed pulak file nyer.. http://www.youtube.com/watch?v=_exNuupN1mA

Kasih Tak Senang..

seperti berisi.. tetapi kosong.. adaptasi mungkin.. tapi tak jaya.. itu pasti.. kadang datang kenangan tak mahu tak diundang.. kadang jelma wajah buatku senyum mahu berbunga.. kadang mahu ku dakap semula.. nostalgia penuh membahagiakan.. aduhai sakti sungguh imbasan sejuk mahunya mengimbau mungkin ada jua ingatan dari sana atau mungkin sedang mengumpul cebis harapan mahu dijadikan hadiah semula yang bakinya telah lama terbang di awan dania... dibawa angin lalu.. hati mu mahunya terusik sesal langkah mu dulu laju tak terfikirkan.. mengapa hampa tindak sendiri... mengapa jangan begitu.. jangan terus... ..dustai hati mu buaikan saja kasih itu.. lemparkan saja.. kerana tiada yang gembira.. apa guna kasih sayang.. ...kalau hati selalu tak senang? -Muaz Hadi-