Kasih Tak Senang..

Tuesday, March 2, 2010 | Labels: | |
Share

seperti berisi..
tetapi kosong..
adaptasi mungkin..
tapi tak jaya..
itu pasti..

kadang datang kenangan
tak mahu tak diundang..

kadang jelma wajah
buatku senyum mahu berbunga..

kadang mahu ku dakap semula..
nostalgia penuh membahagiakan..

aduhai sakti sungguh imbasan
sejuk mahunya mengimbau
mungkin ada jua ingatan dari sana
atau mungkin sedang mengumpul cebis harapan
mahu dijadikan hadiah semula
yang bakinya telah lama terbang
di awan dania...
dibawa angin lalu..

hati mu mahunya terusik sesal
langkah mu dulu laju tak terfikirkan..
mengapa hampa tindak sendiri... mengapa
jangan begitu..
jangan terus...
..dustai hati mu

buaikan saja kasih itu..
lemparkan saja..
kerana tiada yang gembira..
apa guna kasih sayang..
...kalau hati selalu tak senang?

-Muaz Hadi-

5 comments:

  1. FaZiLa says:

    fuhhh...cool!!

    da lama tak baca puisi hang...

  2. Muaz Hadi says:

    huuuu.. aku pun jarang2 menulis skrg. susah jugak nak dapat mood sedih ni. hehehe saja nak kekalkan tema suram n patah hati dalam blog ni. aku ok je sebenarnya.. ada pulak org cakap aku 'tak pernah' bahagia, asyik sedih je.. kemon la!

  3. setiakasih says:

    erkk... cili ke nih? huhu

  4. Muaz Hadi says:

    kamu mmg bijak la setiakasih.. tapi sikit sebanyak pedasnya tetap ku tanggung..

  5. FaZiLa says:

    muaz~hehehe..nama blog pon rintihan hati kan..so stiap entri kena sedih la kan..ahaaaa

    aku mau copy lagi.mcm biasa ;p

There was an error in this gadget