Posts

Showing posts from 2013

Dendam.. Cinta.. Rindu.

Image
Cinta bawa sayang sayang bawa rindu rindu bawa kenangan kenangan bawa pilu pilu bawa hiba hiba bawa seksa seksa bawa sakit sakit bawa perit perit bawa dendam... Apa itu akhir cinta? Apa itu haluan rindu? Apa takdir kasih? Airmata Kelopak natijah rindu Terpahat mungkin hilang Terkesan sukar pupus Alahai aduhai.. ..rindu.. ...rindu.... ....rindu..... - Muaz Hadi - Kredit gambar

Bawakan aku bahagia ku..

Image
Apa khabar CINTA? Masih ingat akan daku? ..yang satu masa teman karib mu ..yang satu ketika sahabat cita mu Pernah ketika itu kita bersama jalan senyum.. kau lemparkan manis mu berbunga.. kau dambakan kalbu ku berdakapan.. kau peluki aku masih ingat semua itu cinta? Eh bagaimana dengan rakan kita.. KASIH? Aku rindu dia.. sama seperti kamu Aku rindu kamu berdua.. Ketahui lah CINTA Pandang lah aku KASIH jiwa ku bersalut duka hari-hari ku berduri luka langkah ku sumbang sadung gelincir dampar bersaling memaling esak menangis bersulam alam mengerti kah kalian? Aku tidak mahu merayu kerana rayu ku pilu.. Aku tidak mahu meminta kerana pinta ku merana.. Aduhai CINTA.. Aduhai KASIH.. Kenapa tinggalkan aku bersama sengsara Kenapa biarkan aku berteman durja .. yang menyeksakan .. yang mengguriskan .. yang menggusarkan Seolah tiada hujung Cinta.. Kasih.. Kembalikan aku pada senyum ku Bawakan aku bahagia ku..

Puisi Rindu.. Aku Seksa Merindu

Image
duhai matahari.. bila kau lenyap  ... dari pandangan mata ku hidup ku  ... menjadi gelap gelita tetapi bukan untuk selama nya kerana bulan  ... akan datang dan menerangi malam yg gelap walaupun hidup ku  ... diterangi dgn cahaya bulan aku tetap mencari matahari yang pergi aku rindu seksa merindu - Muaz Hadi -