Posts

Showing posts from January, 2011

Surat untuk Bulan..

Image
Apa khabar bulan..? lama tidak bersua.. bukan tiada ingatan.. ..bahkan selalu sahaja menyebut dan mengenang yang jauh di sudut hati Kamu sihat bulan..? lama tidak bertanya khabar.. bukan tak sudi tapi menjaga kadang aku fikir kamu tak suka kerana kamu kadang tidak membalas tanyaku lalu ku intai dari jauh untuk nyata kamu sihat.. Bagaimana hidup kamu bulan..? lama kamu tidak bercerita.. tapi aku titipkan doa kebahagiaan buat mu selalu selepas solat ku tanda ingatan hati buat mu yang mahu melihat kamu bahagia kerana bahagia mu bahagia ku jua Kamu ingat aku bulan..? .. tak mengapa.. tak perlu kamu jawabnya kerana memadai bagiku pancaran sinar.. ..di kala kamu mengambang Aku rindu kamu bulan.. Aku rindu kamu.. Rindu.. -Muaz Hadi-

Warna Rindu

hati ini menyanyi nada gelisah sendiri irama asyik terurai bagai tak terlepaskan rantai persis musafir terdampar di pantai rupanya masih sedar selubung rindu hirisan yang nyata sungguh nyilu dibuai hembusan angin pilu sepi lagi tapi kali ini tak berlagu lambaikan pada bulan bertanya khabar indah mengenang warna-warna nostalgia yang membisikkan kerinduan aduh terkapai-kapai pada bisikan ini.. Muaz Hadi