Siapa Marhaen Juntai?

Friday, November 21, 2008 | Labels: | |
Share

Lebih dari suka, hampir kepada sayang.... cinta?

Mundar mandir genre tulisan marhaen seperti Muaz Hadi bulan ini menggalas bukti sakti kasih. Aku masih remaja, terganggu emosi terbawa kasih perkara biasa bukan? Terundang juga rakan-rakan kem sastera membaca blog ini menaikkan semangat marhaen sejati ku berbahasa seperti dulu. Tak ramai yang kenal "Marhaen Juntai" tapi aku tahu ramai juga sarjana kem sastera mengambil karya ku di Astana dulu. Kesempatan berbual setelah sekian lama menyepi tertemu imbasan kehebatan "Marhaen Juntai" suatu ketika dahulu. Atas permintaan 3 sahabat kem sastera, ku ungkap ringkas peribadi jati Marhaen Juntai..

Setelah terbongkar disini, ya aku Marhaen Juntai yang kalian kenali, nama angkatanku Muaz peranakannya Abdul Hadi lestari bonda Hasnah. Aku bukan ahli sastera, tapi bahasa menjadi teman hati ku. Sasteraku bermula dengan citra M.Nasir. Aku pernah dididik oleh Pak Munsyi Cikgu Wahab sekitar tahun 2000, tetapi terlebih dahulu diangkat karya sastera oleh ilmuwan bahasa sekolah Cikgu Salmi, Cikgu Zamri, Cikgu Ummi, Cikgu Ashikin dan dikarang bakat ku oleh Cikgu Mahayadin. Banyak karya ku di majalah-majalah siswa malahan terselit jua di dada akhbar perdana. Aku menulis memenuhi pemikiran, melampias penangan dan menggali kependekaran. Sehingga tahun 2005, aku rasa itu lah tahun aku berhenti menulis untuk publisiti..

Sahabat kem sastera, kalian pasti ingat, aku ke kem 2006 membawa sebuah buku penuh kata mainan gurindam dan syair karya tak terlihatku. Aku masih ingat, hampir ke semuanya di dendangkan oleh rakan-rakan sastera muda yang belum punya karya dan langsung diambil terus menjadi milik meraka dengan izinku. Kemudian aku muncul di kem siri tahun seterusnya tanpa karya membawa nama "Marhaen Juntai", di mana kalian mula mengenaliku. Anugerah malam itu hasil karya spontan oleh ku, mujur ada yang merakam kalau tidak karya itu pasti tenggelam kerana aku sendiri tidak pernah menghafal lafaz lidahku.

Blog ini primanya bukan untuk sasteraku, tapi luahan hati melati ku tanpa pengaruh Marhaen Juntai, tapi kalian membawa identiti ku ke sini tanpa segan aku terbongkarkan. Ya, aku rasa cukup disini membahasa peribadi Marhaen Juntai atas permintaan Syaibi, Testri Alwina dan Niza, nikmatilah karya emosi ku di sini. Sebarkan kepada adik-adik yang baru, Marhaen Juntai di sini. Salam untuk guru-guru agung Pak Samad, Ali Juragan dan lain-lain yang mengenaliku. Kerna halangan, tak bisa ku lentikkan kaki ke tempat kalian. Aku hanyalah sasterawan pinggiran, ahli Bioteknologi lengkorannya. ;-)

5 comments:

  1. titiwina says:

    hehe marhaen, saya antara mereka yang mengambil karya anda masa itu. "awan bayu rencah kelabu" dan "teratai warna adi". memang dua itu menjadi karya terhebat bagi saya.

  2. Muaz Hadi says:

    huhu, aku pun dah tak ingat apa aku tulis. eh nanti senang2 titi taip balik, n email me.

    awan bayu rencah kelabu... uishh kagum plak baca tajuk. 'teratai warna adi'.. tu zaman dulu2, skrg bakat2 tu dah ilang. ahha

  3. syihabudin says:

    alhamdulillah, ada juga orang2 yang tak gila publisiti macam saudara marhaen. kat kem, aku sebilik dgn dia, pagi2 dia akan nyanyi lagu "Gurindam Jiwa", tuai padi antara masak.. indah. jiwa dia memang halus sungguh. semua org kagum sebab majoriti peserta semua dari 'ahli bahasa' dari UM n UKM. UIA boleh hantar ahli bioteknologi datang bermain bahasa. Marhaen tahun ni kat janda baik turun tak?

  4. Muaz Hadi says:

    tQ syihab. datang juga saudara menyinggah. nanti boleh la pos puisi syihab kat sini. sama sama kita kongsi

  5. seghuhseghah says:

    MJ (bukan Michael Jackson),
    ehem..lawa gambar?

There was an error in this gadget