Mencari Cahaya Hati ku..

Tuesday, November 11, 2008 | Labels: | |
Share

Bisikan..
Lintasan hati.. khowathir qalb..
Muaz Hadi percaya pada hati ini..
biar golakan listrik nya... tak sempurna..
biar anjakan gamudanya... terbobrak..
sufi mu.. benar ku percaya..

Melati hati ku..
tegar engkau dibajai buntu..
benar engkau terpana seribu..
anggukan hujung dagu mu.. mengeyakan suasana tuju..
aku ditipu?

Hijab melati ku tembusi..
mula melangkah mencari erti..
menggapai yang jauh di ufuk dini..
mencari melati 'cahaya hati'..
mencari noraini..
tertangkap seperti terlepas isi..
akhir jalan ku tak pasti..
aku ditipu lagi?

Cukup lah.. mengalah
apa erti jalan melangkah..
apa makna hati meng-galah..
hujung pasrah..
biar disepak.. hati terserah..

6 comments:

  1. zul says:

    biar aku menangis bersama..

  2. geez says:

    aku rasa kan, kalau antar kat suratkhabar boleh siar ni. hehe. noraini tu bukan ke nama mak ndak ko yg kat padang pauh tu kan. lama aku tak jumpa dia

  3. Niza says:

    biar aku komen, yg ni stail 'adukan' dan kata pincangan. penulis menggunakan campuran gaya ulangan dan metafora bercampur. setiap rangkap dimasukkan unsur pincangan, jadi maknanya tak tetap, beza interpretasi. haha jangan marah saudara Marhaen. sekadar ulasan dari rakan seguru ko...

  4. Muaz Hadi says:

    syyy, niza, ko jgn nak bongkarkan identiti aku kat sini! ko ada dapat dokumen peng'ijazahan' ke nak mengaku seguru ngan aku? hehe

    apa2 pun, ulasan ko ada la 80% btul, ada 2-3 part ko tertinggal..

  5. Niza says:

    tau la ko anak murid kesayangan pak samad!! tapi ko jangan lupa, semua kelas yg ko pergi, aku ada, tapu bukan semua kelas yg aku pergi ko ada! huh

    btul cakap ko, aku ada miss beberapa frasa. tema 'melati' ko banyak guna dalam blog ni. yg tu aku tak leh tafsir. rangkap ko plak tak tersusun, ni gaya pak samad. kalau ikut aku mmg tak sempurna, tapi dah pak samad yg selalu buat, mungkin ianya satu gaya.. cetek la ilmu aku nak komen..

  6. Muaz Hadi says:

    melati tuh tak ada apa pun. saja lengkapkan frasa 'hati melati'.

There was an error in this gadget