Madahku bermadah..

Saturday, October 18, 2008 | Labels: | |
Share

Muaz Hadi bermain kata mengungkap rasa, melahir jiwa menzahir tinta membawa simpulan makna masalah.. hati gerangannya....

Madah ku bermadah sehelai kata..
Aku mampu menerobos sempadan jiwa mencari setitik nila, setompok hitam di celahan karang hati.. tapi tepatkah telahan hati tafsiran nurani ku?

Madah ku bermadah secangkir madu..
Cinta kasih terbang bebas, melati putih menguntum berseri bagai dekat ditangan menggapai sejuk dinginnya.. tapi menggapai tak makna tercapai.. mengapa?

Madah ku bermadah gurisan hati..
Marhaen mengabdi terabdi khayalan, menguncup perasaan meruntun damak benak ku.. hidup janjinya bahagia, ketenangan temannya nostalgia.. tapi mengapa aku gagal membina nostalgia?

Madah ku bermadah seribu impian..
Impian harapan cinta menggunung, langit meninggi, taman ku lewati harum berpunya.. tuan menjaga silat pencaknya, kasih terkeluar melepasi jasad, menjangkaui pintar pilihan tercerna.. tapi mengapa bukan aku pilihannya?

Madah ku bermadah pasrah harapan..
Takdir mengungguli.. kehendak hati hanya kiraan siang berpayung panas hujan di tengah, membelai perasaan kalbu diulik.. bahagia.. di mana ku cari?

6 comments:

  1. samihah says:

    tak ku sangka muaz hadi pandai bermadah.. cayalah.. ;)

  2. Muaz Hadi says:

    laa.. tak tahu ke? tak ku sangka jugak org kampung ku datang melawat ke blog sampah yg tah apa2 ni.. isk2 terharu seh.

  3. Anonymous says:

    cantik bahasa ko. cantik.. indah aku baca. dalam maknanya. teruskan bakat mu saudara ku

  4. Niza says:

    madah mu madah ku jua. Woit muaz, aku tau ko lah "Marhaen Juntai" masa kat sastera dbp jun lepas kan? ceh kat sini ko bermadah! aku niza "Astaka Undaman", igt tak? bulan 12 ni ada program lagik, buat kat janda baik. jom la, kami rindu karya ko

  5. Niza says:

    aku baca sekali lagi karya ko yg ni dah terlanjur melawat hari ni. memang kreatif, aku rasa yang ni terbaik. saudara 'marhaen' membuat pembayang setiap rangkap diikuti persoalan diakhir rangkap. susah nak buat ni, aku belum pernah cuba cara ni. fuhh tabik spring!!

  6. Muaz Hadi says:

    tQ niza. ko bleh cuba. bila nak wat blog ni?? bukan susah pun.

There was an error in this gadget