Muaz Hadi dan Pennsylvania

Wednesday, December 3, 2008 | Labels: | |
Share

Oleh sebab ramai yang tanya isu ni, jadi aku tulis la skit, mcm mana aku boleh dijemput untuk memberi talk di Center for Molecular Modeling, University of Pennsylvania bulan February 2009. Tapi sebelum tu, aku dengan rendah hati menetapkan yang aku tak akan pergi atas sebab2 yang korang akan perasan bila baca kisah aku ni. hehe. Biarlah ianya menjadi satu kenangan yang manis untuk aku dalam mencapai status 'Otai Enzyme Modeling'. haha, angan2 mau besar beb!

Aku dijemput bukan sebagai student MSc UiA tapi atas kapasiti aku sebagai 'external reviewer' di Molecular Modeling punya center bawah National Institute of Health, Amerika Syarikat. Aku mula khidmat kat NIH sejak April 2008, projek basis. Sebenarnya syarat nak join NIH punya research group kena ada PhD, tapi atas beberapa keistimewaan, syarat itu berjaya diabaikan. Jadi disini lah bermula kisah itu..
  • ada satu projek di CMM-NIH yg tak settle hampir 5 bulan sebab professor kat situ tak dapat nak explain sebab apa structure 3000++ molekul pecah lepas simulate. Diaorg comeout dgn macam-macam explaination yang hebat2 setaraf dengan pengetahuan diaorg, tapi masih belum memuaskan hati mereka sendiri
  • aku ada sorang kawan kat sana, Dr CJ. Dia yang seludup aku jadi external reviewer kat situ. Jadi dia cerita lah masalah projek ni. Dia kasik semua file2 yang berkaitan untuk aku tengok. Pening kepala jugak, sebab paling besar aku pernah buat saiz structure dalam 40kD, dengan 200++ molekul. Ni 3000++ molekul, boleh juling mata
  • setelah 2 malam aku tengok2, nyata cetek ilmu aku tak dapat nak jumpa apa2 bahkan explaination dokumen pun aku paham dalam 40% je. terasa pulak ketidaklayakan bergelar 'External Reviewer' National Institutee of Healh
  • satu malam di bulan September, sesambil dengar lagu "Mengapa Dirindu" nyanyian Saloma (tgh patah hati) aku usha2 output file simulation yang menceritakan perihal bonding dan binding dalam structure tu, ribuan page, tapi aku tgk secara rambang je.
  • tgk punya tgk, aku perasan sesuatu! ada beberapa single bond dalam structure sebelum bertukar menjadi double dan triple bond selepas simulation! BOOOM! Maknanya, contohnya, kalau Carbon single bond boleh attach 4 molekul lain, Carbon double bond hanya boleh attach 3 molekul dan Carbon triple bond hanya attach 2 molekul lain.
  • Sebab adanya variasi itu, maka structure yang besar itu pecah sebab hilangnya kemampuan nak bind yang menyebabkan backbone structure terurai. Susah tul nak explain bahasa Melayu ni. huhu. Tapi ringkasnya begitu lah.
  • Aku go thru output file tanpa tido malam (sapa yang kenal aku mmg tahu aku tak tido malam, aku tido siang!) dan aku dapat lihat variasi itu hampir 20% keseluruhan structure
  • selepas 2 hari aku tgk2, aku terus email Dr CJ pasal apa yang aku nampak dan sehari selepas itu dia cakap ada logiknya... walaupun benda tu simple je
  • 2 minggu selepas tu, dia email aku dengan satu dokumen 8 page explaination yang menggunakan teori simple aku sebagai asas.
  • Dipendekkan crita, isu single bond jadi double dan triple bond adalah asas kenapa structure tu pecah dan explaination nya adalah apa yang dipikirkan oleh para professors sebelum tu. Teori aku itu adalah 'The Missing Link' yang diaorang gagal jumpa selama 5 bulan sebab ilmu mereka terlalu tinggi dan teori mereka terlalu complex.
  • Kesimpulan kisah ini, selalu lah kembali kepada asas, jangan tinggalkan benda yang simple, kerana pada yang simple itu lah letaknya complexity. Btul tak??
Dengan kejujuran Dr CJ, nama aku telah dimasukkan dalam repot projek itu dan KEBAAABOOM seperti kisah Nujum Pak Belalang yang menjadi Nujum Diraja, aku telah menjadi so-called "Renowned Scholar". Atas kapasiti itulah aku dijemput menyampaikan satu Public Lecture di University of Pennsylvania dihadapan para researchers, professors, postgrad students selama 1-2 jam. Gila mampos aku nak gi!!!


p/s kisah ini telah diolah menjadi lebih mudah difahami dan ada beberapa fakta penting yang disembunyikan. Anggaplah ianya sebagai cereka hanya untuk bacaan. Bak kata Ramli Sarip, "Aku menulis bukan kerna nama.."

4 comments:

  1. izah says:

    So, tak pergilah ni? You shouldn't waste the opportunity given.
    "Kesimpulan kisah ini, selalu lah kembali kepada asas, jangan tinggalkan benda yang simple, kerana pada yang simple itu lah letaknya complexity."
    You can use what you typed as part of the talk :)

  2. Muaz Hadi says:

    hahaha. funny la kak izah ni!

  3. Anonymous says:

    Menarik,aku rasa orang macam ko ni boleh buat banyak research breakthrough nanti (kalau buat duit dah banyak dah)...nasib baik ko habis universiti,setengah orang genius tak habis universiti pun...kalau baca cerita ko ni macam dalam filem pulak...menarik, seius menarik...--hariz

  4. Muaz Hadi says:

    kan aku cakap kisah tu macam kisah nujum pak blalang. hehe. tapi aku bukan genius la. mana bleh lawan hang.. lagi pun aku kabel tak banyak.. haha. thank you hariz

There was an error in this gadget