Posts

Sahabat.. aku merindui mu

Mencari teman memang mudah, tapi bak kata sarjana, teman menangis sukar ditemui. Kemerdekaan esok mengimbau nostalgia sahabatku Allahyarham Pengiran Muhammad Kamal yang aku kenali lebih 4 tahun. Pada tahun 2002, dia kembali ke Rahmatullah meninggalkan aku sahabat yang dia kasihi. 6 tahun berlalu, kerinduanku tidak berkurang. Dikala aku sedih, masalah menimpa, aku perlukan kehadiranmu. Terima kasih engkau hadir dalam mimpi-mimpi ku. Terima kasih kerna menemani tangisan ku biar sekadar mimpi. Aku bahagia.. Aku punya ramai kawan, tapi tak ada yang aku mampu peluk dan menangis dibahunya. Aku punya masalah bertimbun, aku punya hati yang serabut, aku punya jiwa yang kacau, alam juga pengganti mu sahabat. Sahabat, tidak kah kau merindui ku? Sahabat.. Kalau dapat ku ukir senyuman mu, Pasti ku jadikan ia arca nostalgia ku.. Kalau dapat ku pintal gurauan mu, Pasti ku jadikan tali ingatan buat ku.. Kalau dapat ku pinjam hati mu, Pasti ku tukarkan menjadi hati ku.. Kalau dapat ku bertemu mu, Pas...

Graduation - Happiness

Image
August 24, majlis konvokesyen. Grad dah lama, bulan 12 2007, tapi UIA convo setahun skali je. Tak banyak gambar, sbb terkejar2 ke sana kemari. Ada la sekeping dua. Ni gambar dari kamera aswad. tq aswad. Dr kiri, Ain (Ms Mushroom), Aswad (QA engineer), Sheyna (Engineer gak), Huda (masters UTM) n aku yg kurang masa depan. Hahhaha Progress aku plak; Dec 2007 - Mac 2008 : Research Assistant - Biotech Dept Feb 2008 : Scientific Symposium Mac 2008 : National PG Conference, UTP Mac - Jun 2008 : Graduate Research Assistant May 2008 : International Conference in Advancement of Sc&Tech Jun 2008 : Contract mati, menganggur sebulan July 2008 : PG student, MSc Biotechnology Engineering July - Oct 2008 : Graduate Research Assistant

Konvo - 24/8/08

Yeah konvokesyen bakal berlangsung hujung minggu ni, walaupun aku dah grad bulan 12 tahun lepas, tapi UIA ni konvo setahun skali daa. jadi tahun ni baru convo. Mesti best jumpa kengkawan yang dah lama tak jumpa. Ada yang akan bawak tunang, isteri, suami dan yang bawak anak pun sakan nak cass! Pali dah dapat anak, Asral dah kawin, Alin dan tunang, Awis dah berpunya, haha aku bujang lagik..still. Yang tak boleh tahan, aku tak ada business kad, mesti yang datang nanti bertukar2 bisnes kad, ni yang tension ni. Ye lah, ada yang dah jadi engineer, ada yang scientist, ada pegawai krajaan, macam2 ada. Aku apalah ada, yang ada hanya perut buncit ku yang panti dirindui ramai! haha. Apa aku meraban ni. Ni lah nasib aku, student lagik, nak kawin pun tak ada duit, lepak2 je lah, gelap ke masa depan aku?? Nantikan... Dah2 nak gi kelas pulak!

Tajam-tajam si kulit durian

Image
Minggu lepas asyik makan durian je. Tiap2 hari ada je durian sampai kat bilik. Durian Perak, Johor, Pahang semua ada. Aku tak la suka sangat durian tapi tu lah dah 'rejeki' datang, aku sapu saja. 'Afala ya'mus' skit je pun... Mengkaji sudut pandangan simbolika durian, bagaimana tajamnya duri kulit nya dan bagaimana sedap nya isi buahnya bagai tiada keselarian antara keduanya. Seharusnya, menurut pandangan normality, luarnya seharusnya cantik berpadanan dengan isinya yang enak. Baru ngam orang kata! Mungkin ada yang tersembunyi yang harus disingkap dan dipelajari, kerana apa saja yang diciptakan pasti ada sebab dan musababnya.. "Rabbana maa kholaqta haaza baatilaa.. subhaanaka innii kuntu minaz aalimin." Ya Allah ya Tuhan kami, sesungguhnya tidak engkau jadikan sesuatu itu dengan sia-sia, Maha Suci engkau..." Begitu juga lumrah manusia agaknya. Kadang kita silap enilai orang. Melihat fizikal luaranya, berwajah bengis, 'tak ensem', gemuk..haha.....

Cinta tak bersatu..

Image
Cinta dan kasih bagai umpanan merimbun merentap keinginan manusia memilikinya. Manusia mahu mencintai dan dicintai. Kasih mahu di kasih tanpa terkasih. Banyak sasterawan ahli puitis memadahkan puisi kasih yang akhirnya persis kepada cinta kepada Pencipta. Itu tak dapat dinafikan, itu cinta yang hakiki tiada bantahan... aku juga akur kepada sang pujangga. Memang menjadi lumrah manusia diciptakan berpasangan, tapi bagaimana bisa kita tahu mana satu pasangan kita? Aku kurang mengerti tak mungkin tak siapa pun tahu bagaimana. Kadang kita sukakan seseorang tapi dia sudah berpunya, kadang ada orang suka kan kita tapi kita tak suka kan dia. Bagaimana hidup ini bisa dicerakinkan? Apabila kita suka kan seseorang perlukan kita terus berusaha walaupun kita tahu dia sudah berpunya? Pernah ku terdengar kata-kata 'cinta tak semesti bersatu' dan 'love is letting go'. Ya mungkin aku bersetuju. Apa yang penting ialah, kalau kita cintakan seseorang kita mahu melihat dia bahagia walaupun ...

Mencari Erti Hidup

Image
Alhamdulillah, minggu ni dah start kelas Masters program aku. Aku kena abiskan 20 kredit sblm start research. Tak lah banyak sgt, 2 sem dah abis. Sem ni dua core subjek dari Dr.Ramlan dan Dr. Elwathig, satu subjek ethics dari Dr.Abdi n satu Seminar. Lama gak tak masuk kelas jadi ala ala cuak. Haha. Apa apa pun aku akan cuba enjoy setiap kelas, skrg kena ubah style studi lah, "enjoy studi" bukan lagi "studi untuk enjoy". Ye lah kita dimomokkan untuk studi tinggi2 untuk untuk dapat kerja yang bagus, gaji yang besar, hidup yang sejahtera etc. Padahal semua itu lebih bermatlamatkan dunia kan? Siapa salah? Kadang kita tersilap antara matlamat dan keperluan. Kadang kita tiada matlamat, yang ada hanyalah 'memenuhi keperluan'. Kerja tetap, gaji besar, isteri cantik itu semua keperluan kata orang bijak pandai. Itu bukan matlamat. Aku mahu membina sebuah mahligai dalam masa 15 tahun lagi, itu pulak apa? Keperluan? Matlamat? Yang pasti ianya bukan matlamat yang hakiki....

Terma dan Syarat - Interpretasi Puisi

Cabaran interpretasi Puisi karya Muaz Hadi Benda ni just for fun je, jadi caranya macam ni. kita mulakan dengan post ni http://damai-hati-ini.blogspot.com/2009/06/aku-redha.html - korang post korang punya tafsiran/apa yang korang faham kat situ. - terpulang lah nak tafsir line by line ke, rangkap by rangkap ke tak pun summary semua ke - pemenang akan dinilai menurut apa yang aku rasa best - tarikh tutup komen tafsiran itu ialah bila aku ada post seterusnya. maknanya by the time aku post puisi seterusnya, komen/tafsiran/interpretasi utk puisi tu ditutup dan pemenang akan diumumkan. Lepas tu pertandingan akan dilangsungkan untuk puisi seterusnya pulak. Jumlah penyertaan terhad kepada 3 je untuk satu puisi. hehe Hadiahnya RM10 (cimb bank in/reload top up).