Posts

Listrik.. Adaptasi Teruap

Image
Ku lewati sepi malam ini.. menjunjung nyilu darsa hati.. letih.. tapi gagah jua mahu membisik terbuka sebelah mata.. kata terherdik Langsung apa lagi mahunya.. Meluak tumpah masih tak cukup juga.. Tak terkandung yang ada.. Tapi masih mahu.. persetan tiada.. Natijah hulur jiwa yang sakit.. meruntun lantas nahas ditimpa bukit.. Tak terasa hempasan berelung rakit.. Nyata jiwa itu songsang berpenyakit.. Adaptasi jiwa semahunya dipeluk.. Lepas siaga dasar sejauh darsawarsa.. Mahu disedut tak semua merujuk.. Lolos di dakapan ini perit terasa.. Lantas listriknya.. adaptasi teruap.. Muaz Hadi

Chenta Melati

Aku tulis atas ubun kasih akan jalan yang dipilih dan direntas ini. Tunjang rekod perjalanan semahunya di catat menjadi bukti bahawa setiap langkah adalah terarah dan tersaksi menuju destinasi yang tertetap. Mahu juga ku taburi setiap langkah dengan hawa yang indah, maka apakala kami ditakdirkan tersungkur semahunya, terkenang juga lipatan laluan yang sudah tercerna ini.. Zahir likunya mahu juga ku kongsikan, mahu juga diasimilasikan moga pohon ini berbunga membuahkan manfaat yang jitu jika tidak harum pun memadai dengan simpulan hasil yang keluar sepanjang jalan ini.. Tuhan, pada mu kami zahirkan harapan, pada mu kami rafak kan doa, pandu lah kami ke jalan yang lurus yang tiada belok sungkur di likunya, tiada sadung jatuh di siurnya dan hujung jalan natijahnya murni bagai mekarnya pucuk di embun pagi, bagai harumnya kemboja di hening malam.. Amiin

Terapi Subuh..

Image
Segar pagi ini.. Mata terbuka separuh Terpedih tiupan bayu pagi Angin hembus menyinggah ke pipi Rasa damai sekali kalbu hati Semalam masalah membukit tinggi Tangis ku bukan kepalang Serabut ku bukan teralang Ku pejamkam mata untuk ku lupakan derita Malam sementara.. cukup buat ku lampiaskan semua Pagi ini terbangun lagi Menyahut panggilan mengadap ilahi Terapi subuh ku adaptasi Kekuatan paksi ku sedut jauh membantu hati Tenangkah aku hari ini? Muaz Hadi p/s pening kepala

Rindu Sang Pungguk..

Image
Terang bulan mengisi kelam malam.. Indah sungguh cahayanya nikmat hakiki.. Terpandang bulatnya seri seribu.. Bulan.. kau tegar di situ Sejuta memandang.. Bulan.. kau punya perindu.. Setia menanti.. berzaman.. Bulan.. kau punya pemuja.. Tawaduk memandang mu.. bila kau muncul.. Bulan.. kau punya Pungguk.. Perindu sepi.. pemuja zalil.. Apa dinanti lagi Pungguk? Yang dinanti pasti tak datang.. Apa dikenang lagi Pungguk? Yang dikenang pasti tak benar.. Apa diharap lagi Pungguk? Yang diharap pasti tak capai.. Apa dipandang lagi Pungguk? Yang dipandang pasti tak toleh.. Setia sungguh engkau Pungguk.. Rindu mu pada bulan tak tergadai masa.. Sepi sayu hati mu ku rasa sejuknya.. Kejam bulan hanya kerna.. dia tak mengerti.. harga rindu sang pungguk.. Muaz Hadi Bukit Mertajam

Aku Redha

Jauh ku renung cahaya itu.. ..lama ku renung makin ku ragu Aku redha.. tapi.. Lama ku nanti sejuk mentari.. ...apa dinanti pasti tak jadi Aku redha.. tapi.. Manis senyum menyingkap rasa.. ..tertipu aku rupanya senyum berbisa Aku redha.. tapi.. Kalam kalbu ku terus membisik.. ..dalam maknanya tak terusik Aku redha.. tapi Apa dirindu pada bulan yang jauh.. ..sedap memandang tapi tak terdakap Aku redha.. tak tertapi lagi Muaz Hadi Kampung Sungai Salak

Bertamu di Kalbu

Image
Ku genggam semilir malam Tika rembulan menyinari Lalu ku menadahkan Kata cinta nan suci Dan akan ku hembuskannya Tika malam syahdu Kerana dalamnya Kasih sedalam lautan Setinggi mentari Tak mampu digapai Oleh khayalan insani Cuma dinaluri Katakan bara melecur diri Bisa memercik jalan nan luka Dengan selasih balut pedih ngeri Tiada berpaling setia Adalah sejarah jadi saksi Bulan bintang menghangat kasih suci Kita pun terpaut dan bersatu Dalam bebayang mimpi berseri Ku layarkan asmara Di pelabuhan setia Akan ku rentangkan Sang pelangi suci Yang pastinya anggun di hati Bertamu di kalbu

Mengarca Noktah..

Image
Tersingkap jua alunan lestari.. Membidik tanpa meminta kenali.. Asuhkan biar lentik jiwa kembali.. Tak terbaja menjaga subur sepi.. Lantas cuba loncat menggapai.. Tapi titisan pecah terlerai.. Bagaimana itu ku hakis Bagaimana ini ku tangkis Bagaimana situ ku tuntas Bagaimana sini ku balas Dingin alam mahu dilangkah.. Kelam malam bagai dipangkah.. Luhur leluhur tak makna terlincah.. Pasrah mengalah tak makna terserah.. Terkapai lelah.. Mengarca Noktah...