Aku Redha
Jauh ku renung cahaya itu..
..lama ku renung makin ku ragu
Aku redha.. tapi..
Lama ku nanti sejuk mentari..
...apa dinanti pasti tak jadi
Aku redha.. tapi..
Manis senyum menyingkap rasa..
..tertipu aku rupanya senyum berbisa
Aku redha.. tapi..
Kalam kalbu ku terus membisik..
..dalam maknanya tak terusik
Aku redha.. tapi
Apa dirindu pada bulan yang jauh..
..sedap memandang tapi tak terdakap
Aku redha.. tak tertapi lagi
Muaz Hadi
Kampung Sungai Salak
..lama ku renung makin ku ragu
Aku redha.. tapi..
Lama ku nanti sejuk mentari..
...apa dinanti pasti tak jadi
Aku redha.. tapi..
Manis senyum menyingkap rasa..
..tertipu aku rupanya senyum berbisa
Aku redha.. tapi..
Kalam kalbu ku terus membisik..
..dalam maknanya tak terusik
Aku redha.. tapi
Apa dirindu pada bulan yang jauh..
..sedap memandang tapi tak terdakap
Aku redha.. tak tertapi lagi
Muaz Hadi
Kampung Sungai Salak
Comments
Ia mengisahkan kecintaan dan kerinduan pada seseorang yang jauh.
Ia juga mengisahkan kenangan suka duka penulis dengan seseorang. Penulis cuba menceritakan luahan hatinya dan kadang-kadang dia tidak dapat menerima kenyataan dengan apa yang terjadi, namun akhirnya dia terpaksa redha atas semua yang berlaku apabila dia ditak dipedulikan oleh orang yang dirinduinya
ilhamputra
wangcyber
menarik. huhu.. tak ada suka, duka je..
~surfing
redha tak sepenuhnya, tapi akhirnya terpaksa redha jugak
~knowlee
haha ada2 je ko. senyum ko tak berbisa, menawan je. ekeke
Sukar untuk dipuisikan
Sesukar untuk diikhlaskan
Redha itu
Walau dari hati
Memang sukar untuk dimengerti
Ada rasa rela, syukur
Anehnya
Ia tak bisa luhur
Itulah aku - manusia
Bukan tiada rasa yang bersisa
Redha itu masih hadir
Namun kala itu
Kau tahu, ia sukar
Kau tahu, ia payah
Namun jika itu pilihannya
Biarkanku mengalah
Redhaku pada ketentuan-Nya...
the poet keep on talking about redha...dia redha this...dia redha that...the whole entire poem he is talking about stepping back and redha... it is seems that there are no actions at all and all he did was just "it's not my time yet...maybe next time" tapi next time bende yang sama gak jadi....redha lagi...
this is my point of view...good poem though...
penulis nampak macam ada satu harapan,
tapi makin lama die fikir balik die mula was-was, betul ke ni..
tp die masih menaruh harapan,
penulis menunggu harapan itu utk menjadi kenyataan,
walaupun die sedar bahawa itu tak mungkin berlaku,
tapi die masih menaruh harapan
penulis sedar,
rupenyer die syok sendiri saja selama ini,
tapi die masih menaruh harapan
tapi walaupun die kontrol macho,
dalam hati die masih terdetik mengharapkan sesuatu,
tapi akhirnya penulis mengalah,
mengejar bayang2 tiada guna jika anda membelakangi matahari,
mengejar bulan tiada guna jika berlari ke timur,
rupa2 die da salah arah
sudah sukar untuk berpusing kembali,
harapan tiada lagi..
p/s: haha..ayat last tu paling power..
Mungkin seseorang yg pernah muncul dalam hidup penulis satu masa dulu dan masih ada lagi sekarang. Tapi penulis hanya dapat lihat dari jauh, dalam senyap.
Penulis selalu cakap dia redha, tapi hakikatnya dia bukannya redha pun. Kata-kata tu diucapkan berulang kali untuk meyakinkan diri sendiri.
Penulis menyimpan satu harapan yang seseorang tu akan datang dan membisikkan rasa yang sama. Tapi harapan setakat tinggal harapan. Jadi perkataan ’redha’ tu hanya untuk memujuk diri yang hampir-hampir putus harapan tapi harapan tu tak terputus-putus.
Akhirnya penulis terpaksa akur yang orang yang ditunggu tu takkan datang. Takdir tak dapat diubah. Redha penulis pada akhir ayat, adalah ’redha’ yang betul-betul redha.
Haha. Ok tak???
ayat ni cantik..mungkin mencakup hampir keseluruhan makna. fuhh
"Ada rasa rela, syukur
Anehnya.. Ia tak bisa luhur"
~hantu
nice point of view though. direct to the point. hantu ni siapa ya? kasik la contact detail skit, WC ke WPS ke etc
~faathir
jarang aku nampak ko bersungguh, kali ni tak main2 punya. haha
~Anonymous
part ni mmg menarik, iskk..
"’redha’ tu hanya untuk memujuk diri yang hampir-hampir putus harapan tapi harapan tu tak terputus-putus."
p/s yang nak komen kasik nama n dari mana skali, senang nak trace kasik hadiah nanti
redha itu penting untuk menerima hakikat sebuah kehidupan. sengsara atau bahgia adalah asam garam kehidupan. Tanpa redha apalah makna sebuah kehidupan yang fana ini. Hidup ini hanyalah sementara cuma. redhakanlah segala ketentuan dari Yang Maha Esa.
Keredhaan itu milik Tuhan, redha juga diperlukan insan, Redha Tuhan selamatkan insan, Redha insan tanda keimanan (iman kepada qada' dan qadar)
apa2pun puisi seterusnya ialah "Rindu Sang Pungguk"