Surat untuk Bulan..

Apa khabar bulan..?
lama tidak bersua..
bukan tiada ingatan..
..bahkan selalu sahaja
menyebut dan mengenang
yang jauh di sudut hati
Kamu sihat bulan..?
lama tidak bertanya khabar..
bukan tak sudi tapi menjaga
kadang aku fikir kamu tak suka
kerana kamu kadang tidak membalas tanyaku
lalu ku intai dari jauh
untuk nyata kamu sihat..
Bagaimana hidup kamu bulan..?
lama kamu tidak bercerita..
tapi aku titipkan doa kebahagiaan buat mu
selalu selepas solat ku
tanda ingatan hati buat mu
yang mahu melihat kamu bahagia
kerana bahagia mu bahagia ku jua
Kamu ingat aku bulan..?
.. tak mengapa..
tak perlu kamu jawabnya
kerana memadai bagiku
pancaran sinar..
..di kala kamu mengambang
Aku rindu kamu bulan..
Aku rindu kamu..
Rindu..
-Muaz Hadi-
Comments
apa khabar astronout aku gamaknya di marikh sana?wakakaka
- cik Fazila; owh ada yang terkandas di sana kah? ehehe
- cik Fairininil; owh tidak, bulan ku berada pada garisan yang lain dari bulan mu =p
aku sihat seperti kau lihat aku..yang sentiasa menyinari bumi
dia juga akn kata hidup ku seperti biasa namun agak hambar kerana kau sudah tiada masa untuk aku,kau sudah lama tidak temani aku,dengar celotek kosongku
dan bulan juga akn kata
aku juga rindu akan kau
yang tidak pernah lupa aku walau sedetik
terima kasih buat aku berharga teman....
mungkin ini bicara bulan
p/s: walaupun aku bukan bulan tapi aku akui aku suka mintak bulan dengar keluh kesah aku walau hanya sesaat... :)
salam perkenalan.,..
p/s salam kenal juga =)
http://atteya.blogspot.com