Patah Sayap Rajawali

Tuesday, April 28, 2009 | Labels: | |
Share

Tertumpul fikiran ini melayang tiada penghujungnya... Mana hilangnya tajam yang dulu bisa memutus menyimpul apa jua kadar. Hidup ini ku sangkal mana akhirnya, ku dangkal mana ceteknya.. Meluru bagai hidupnya peluru, merobek bagai tajamnya paruh helang..

Tiba-tiba keserabutan ini tidak dapat ku rungkaikan. Bagaimana mahu ku hadapi subuh esoknya, macam mana mahu ku langkah hari besoknya dan apa lagi bisikan iblis mahu ku dengar.. Panjang akal ku bukan bisik hati ku, licik fikiran ku bukan bisik iman ku, gerak perbuatan ku bukan panduan benar tulus.. aku terpesong..

Mahu ku pulang ke gagang berseri, tapi apa ada nakhoda yang menanti membimbing ku semula.. Mahu ku kembali mendakap sinar iman... Tapi apa ada yang mahu menerima.. Jauh ku pergi membawa hati yang berbolak-balik.. Patah sayap rajawali, tak mampu jua ku bertongkat ke sana..

5 comments:

  1. N U R U L says:

    ish...berat btul bahan2 bacaan dlm blog nih...penat mbacanye

  2. Muaz Hadi says:

    alah kak ain, mana ada berat. ringan2 je, tapi telus dari hati. ehehe.

  3. sukma_pawaka says:

    Tafsiran main hentam...he..he...

    hmm...

    Penulis mengibaratkan dirinya seperti Rajawali...sang mergastua yg begitu gagah di angkasa raya, tiada gentar terhadap apa daya, tetapi akhirnya terkulai jua

    tetapi menjadi sunnatullah ujian diberi kepada hamba-Nya. Yang sesat diberi pelita, jalan yang lurus dipenuhi derita.

    Masalah: Ada yang mampu merungkai, dan ada juga yang tersadai.

    Adat manusia melakukan kesalahan, tidak terlepas dalam ape jua keadaan. Bila tersedar muhasabah diperlukan

    Ingin kembali ke pangkal jalan, gusar ada yang mahu bimbingkan, mahu kembali mendekati Tuhan..gusar disana tiada temankan...

    akhirnya membawa diri yang masih dalam keadaan kekusutan...cuba teruskan kehidupan...walau dengan serba serbi kecacatan..apakan daya...penulis hanya makhluk Tuhan...

  4. Muaz Hadi says:

    wallaweh sukma_pawaka ko tafsir dari sudut pandangan ustaz daa.. pawer2. aku suka!

  5. sukma_pawaka says:

    he..he..aku main tibai je daa....

There was an error in this gadget