Posts

Madah Terakhir - Ical Mosh

Image
Lagu asal Orkes Suraya "Madah Terakhir" menyentuh hati. Lirik susunannya; Jika terdengar suara adzan Bergema sayup menjelang pagi Dalam irama ku kirim pesan Sebagai tanda aku dah pergi Jika terdengar suara adzan Bergema sayup menjelang pagi Dalam irama kukirim pesan Sebagai tanda aku dah pergi Reff. Jangan ditanya sebab kerena Mengapa aku pergi menghindar Dari kan dekat tapi merana Elok ku jauh tinggal mendengar Jangan ditanya sebab kerena Mengapa aku pergi menghindar Dari kan dekat tapi merana Elok ku jauh tinggal mendengar Biarlah aku pergi dahulu Tidak tertahan lagi derita Semoga yang tinggal senyum selalu Yang pergi hilang lenyap berita Biarlah aku pergi dahulu Tidak tertahan lagi derita Semoga yang tinggal senyum selalu Yang pergi hilang lenyap berita Bila kelak daku terkenang Kutatap bintang di malam kelam Bila kelak daku terkenang … --- Versi Orkes Suraya yang lebih klasik di Youtube

Jangan Tangisi Masa Silam..

Image
  Begitu menyentuh hati lirik dan iramanya. Buat jiwa jiwa yang mengenang masa yang silam, biar ianya berlalu pergi menghilang dengan kenangan.  Al fatihah untuk pencipta lagu ini Prof Ahmad Baqi Jangan tangisi masa yang silam usah ratapi masa dahulu Biarlah ia pergi menghilang dengan kenangan masa yang lalu Jangan dipesan orang berjalan usah dinanti orang yang pergi Walau hati penuh sesalan itu semua tak guna lagi Biarlah hiba sedih dan duka kubawa pergi menghindar jauh Semoga tias parut dan luka dapat nian beransur sembuh Bila fajar mengarak pagi bulan juga telah tenggelam Usah ratapi masa yang pergi jangan tangisi masa yang silam

Lagu Klasik "Chita Chita" Asmidar Darwis

Image
Tak semua hasrat kan sampai. Syukur dengan apa yang ada. Anggap itu ujian dan dugaan untuk kita dapat sisi lebih baik inshaAllah. - - CHITA-CHITA Kala berkayuh menuju pantai Kerap bersua ragam halangan Tidak semua hasratkan sampai Kadang terbentur di tengah jalan . Tapi bila kaki talah melangkah Jangan dikenang lagi akan kembali Walaupun tiang layar berderak patah Namun sebelum sampai jangan berhenti . Janganlah hati beragak singgah Kerna melihat bulan indah menarik Bukan semua yang nampak indah Tahan luntur di panas terik . Bukan semua chita-chita Dapat dicapai dengan mudahnya Tapi ku yakin di balik derita Bahagia menanti sesudahnya . Bila bintang tak juga terbit Harus tabah hati menerima Yakinlah bila bulan dah sabit Esok lusa pasti purnama By El-Suraya

Hatiku Padamu ...

Image
Lama tidak ku bersinggah pada blog taman rintihan kalbuku ini. Tapi irama pada lagu ini mahu ku abadikan di sini untuk tatapan hari berliku ku di kemudian hari. Keindahan pada lirik dan iramanya yang menyentuh emosi jiwa.. Izinkan perkongsian ini  cantik wajahmu kanda tak dapat ku lupa rindu hati pada kau juga mari kandaku sayang jangan menaruh bimbang hatiku tetap pada kau seorang mari kandaku sayang jangan menaruh bimbang hatiku tetap pada kau seorang jika kau tidak disampingku hatiku merasa nan rindu jika kau ada disampingku hatiku gembira selalu

Dendam.. Cinta.. Rindu.

Image
Cinta bawa sayang sayang bawa rindu rindu bawa kenangan kenangan bawa pilu pilu bawa hiba hiba bawa seksa seksa bawa sakit sakit bawa perit perit bawa dendam... Apa itu akhir cinta? Apa itu haluan rindu? Apa takdir kasih? Airmata Kelopak natijah rindu Terpahat mungkin hilang Terkesan sukar pupus Alahai aduhai.. ..rindu.. ...rindu.... ....rindu..... - Muaz Hadi - Kredit gambar

Bawakan aku bahagia ku..

Image
Apa khabar CINTA? Masih ingat akan daku? ..yang satu masa teman karib mu ..yang satu ketika sahabat cita mu Pernah ketika itu kita bersama jalan senyum.. kau lemparkan manis mu berbunga.. kau dambakan kalbu ku berdakapan.. kau peluki aku masih ingat semua itu cinta? Eh bagaimana dengan rakan kita.. KASIH? Aku rindu dia.. sama seperti kamu Aku rindu kamu berdua.. Ketahui lah CINTA Pandang lah aku KASIH jiwa ku bersalut duka hari-hari ku berduri luka langkah ku sumbang sadung gelincir dampar bersaling memaling esak menangis bersulam alam mengerti kah kalian? Aku tidak mahu merayu kerana rayu ku pilu.. Aku tidak mahu meminta kerana pinta ku merana.. Aduhai CINTA.. Aduhai KASIH.. Kenapa tinggalkan aku bersama sengsara Kenapa biarkan aku berteman durja .. yang menyeksakan .. yang mengguriskan .. yang menggusarkan Seolah tiada hujung Cinta.. Kasih.. Kembalikan aku pada senyum ku Bawakan aku bahagia ku.. ...

Puisi Rindu.. Aku Seksa Merindu

Image
duhai matahari.. bila kau lenyap  ... dari pandangan mata ku hidup ku  ... menjadi gelap gelita tetapi bukan untuk selama nya kerana bulan  ... akan datang dan menerangi malam yg gelap walaupun hidup ku  ... diterangi dgn cahaya bulan aku tetap mencari matahari yang pergi aku rindu seksa merindu - Muaz Hadi -