Posts

Hatiku Padamu ...

Image
Lama tidak ku bersinggah pada blog taman rintihan kalbuku ini. Tapi irama pada lagu ini mahu ku abadikan di sini untuk tatapan hari berliku ku di kemudian hari. Keindahan pada lirik dan iramanya yang menyentuh emosi jiwa.. Izinkan perkongsian ini  cantik wajahmu kanda tak dapat ku lupa rindu hati pada kau juga mari kandaku sayang jangan menaruh bimbang hatiku tetap pada kau seorang mari kandaku sayang jangan menaruh bimbang hatiku tetap pada kau seorang jika kau tidak disampingku hatiku merasa nan rindu jika kau ada disampingku hatiku gembira selalu

Dendam.. Cinta.. Rindu.

Image
Cinta bawa sayang sayang bawa rindu rindu bawa kenangan kenangan bawa pilu pilu bawa hiba hiba bawa seksa seksa bawa sakit sakit bawa perit perit bawa dendam... Apa itu akhir cinta? Apa itu haluan rindu? Apa takdir kasih? Airmata Kelopak natijah rindu Terpahat mungkin hilang Terkesan sukar pupus Alahai aduhai.. ..rindu.. ...rindu.... ....rindu..... - Muaz Hadi - Kredit gambar

Bawakan aku bahagia ku..

Image
Apa khabar CINTA? Masih ingat akan daku? ..yang satu masa teman karib mu ..yang satu ketika sahabat cita mu Pernah ketika itu kita bersama jalan senyum.. kau lemparkan manis mu berbunga.. kau dambakan kalbu ku berdakapan.. kau peluki aku masih ingat semua itu cinta? Eh bagaimana dengan rakan kita.. KASIH? Aku rindu dia.. sama seperti kamu Aku rindu kamu berdua.. Ketahui lah CINTA Pandang lah aku KASIH jiwa ku bersalut duka hari-hari ku berduri luka langkah ku sumbang sadung gelincir dampar bersaling memaling esak menangis bersulam alam mengerti kah kalian? Aku tidak mahu merayu kerana rayu ku pilu.. Aku tidak mahu meminta kerana pinta ku merana.. Aduhai CINTA.. Aduhai KASIH.. Kenapa tinggalkan aku bersama sengsara Kenapa biarkan aku berteman durja .. yang menyeksakan .. yang mengguriskan .. yang menggusarkan Seolah tiada hujung Cinta.. Kasih.. Kembalikan aku pada senyum ku Bawakan aku bahagia ku.. ...

Puisi Rindu.. Aku Seksa Merindu

Image
duhai matahari.. bila kau lenyap  ... dari pandangan mata ku hidup ku  ... menjadi gelap gelita tetapi bukan untuk selama nya kerana bulan  ... akan datang dan menerangi malam yg gelap walaupun hidup ku  ... diterangi dgn cahaya bulan aku tetap mencari matahari yang pergi aku rindu seksa merindu - Muaz Hadi -

Hampa... Kosong...

Image
Ratah tubuhku Pancung riwayat ku Potong kisah ku Lumat rasa ku Apa yang terbaik  Diriku dan diri ku ... tiada diri mu hampa.. Apa yang terindah rinduku dan rindu ku ... tiada rindu mu kosong.. Agung sakti harapan ini Gunung tinggi penantian ini Tersadung tergolek ... tak terbangunkan lagi apa mungkin... ..bolehkah? - Muaz Hadi - kredit gambar: Goodfon.com

Ku relakan dikau pergi..

Image
Indahnya sewaktu kita bersama Terasa bagai di syurga Engkaulah sinaran cahaya ilhamku Penawar kedukaanku Sehingga kini ku masih terbayang Ketika memadu cinta Tak daya ku melupakan segalanya Kenangan cinta kita Setelah ku kehilangan dirimu Seluruh hidupku kegelapan Tanpa kasih sayang darimu Aku tenggelam dan karam di lautan Cinta suci Biarlah ia pergi Demi kebahagianmu Ku relakan dikau Pergi dariku Oh kasih mengertilah Hatiku ini yang terluka Nantikan ku di pintu syurga Hanya airmata Menjadi teman hidupku

Bahagia tak mahu jejaki Aku..

Image
Membaca puisi cinta.. puisi rindu ...termanggu hati ini lagi merintih rindu yang satu tak sanggup menerima hakiki apa asa ku laksana kelabu kabur panggilan serasa hati Bukan aku tak mahu  Bukan aku tak lari Bukan aku tak buang Bukan aku tak CUBA ... melupa kamu ... menyingkir kamu ... menyisih kamu dari puspa rindu hati ku Alam.. pujuk lah hati ku Bulan.. sejuk kan hati ku Hujan.. lemas kan rindu ku Aku tiada daya lagi  Aku tiada daya lagi Aku tanpa daya lagi ... merawat sendiri rindu ini ... membebat sendiri luka ini ... menyandar sendiri pada harapan Pilu ini susungguhnya  menifestasi kasihku yang tiada cabang satu arah yang lurus untuk hati nya adakah... ini.. suratan perpisahan Aduhai bahagia tak mahu jejaki aku... - Muaz Hadi - kredit gambar clownpictures.org