Posts

Suatu Pernah

Image
terleburhancur kebal rusukku; berkecaisepai, terpecahbelah, terima kasih atas ajarmu— --cinta tak wujud --ah, tak pernah. - titis syahdu ku untuk Fynn Jamal T_T

Tak kasihankah padaku..?

mengungkap bahasa jiwa yang sepi menanti sesuatu yang mahu mengalir dek sentuhan kasih yang suci rindu yang amat.. ...sangat lantas mengalir saja airmata ini mengenang kasih yang duka asmara yang luka tak mahu berlayar pergi meninggalkan aku mengapa saja tak mahu.. mengapa saja mendekatkan.. mengapa saja melewati ku.. seksa sudah tak mampu lagi tak kasihankah pada ku..? -Muaz Hadi-

Pulanglah duka.. tiada sakti padamu

Image
duka yang syahdu melewati bersua demi meragut jiwa sunyi mengundang air mata sepi yang tak tertahankan lagi bukan rindu, tapi amarah bisa aduhai hati yang melati kasih ku kenapa menyeksakan... kenapa menggusarkan... kenapa mengguriskan.. ... sendiri juga aku terdampar di ruangan balik kalbu sendiri aku tak mahu tangis.. ...kerna ia menyeksakan aku tak mahu duka.. ... kerna ia menyedihkan aku tak mahu ingatan.. ...kerna ia membunuh ku duhai alam tepiskan duka ini longgarkan kusut ini biar aku bernafas tenang kembali tersenyum riang pulanglah duka tiada sakti pada mu.. -Muaz Hadi- p/s pasca ingatan duka sahabatku Nurdalila

Surat untuk Bulan..

Image
Apa khabar bulan..? lama tidak bersua.. bukan tiada ingatan.. ..bahkan selalu sahaja menyebut dan mengenang yang jauh di sudut hati Kamu sihat bulan..? lama tidak bertanya khabar.. bukan tak sudi tapi menjaga kadang aku fikir kamu tak suka kerana kamu kadang tidak membalas tanyaku lalu ku intai dari jauh untuk nyata kamu sihat.. Bagaimana hidup kamu bulan..? lama kamu tidak bercerita.. tapi aku titipkan doa kebahagiaan buat mu selalu selepas solat ku tanda ingatan hati buat mu yang mahu melihat kamu bahagia kerana bahagia mu bahagia ku jua Kamu ingat aku bulan..? .. tak mengapa.. tak perlu kamu jawabnya kerana memadai bagiku pancaran sinar.. ..di kala kamu mengambang Aku rindu kamu bulan.. Aku rindu kamu.. Rindu.. -Muaz Hadi-

Warna Rindu

hati ini menyanyi nada gelisah sendiri irama asyik terurai bagai tak terlepaskan rantai persis musafir terdampar di pantai rupanya masih sedar selubung rindu hirisan yang nyata sungguh nyilu dibuai hembusan angin pilu sepi lagi tapi kali ini tak berlagu lambaikan pada bulan bertanya khabar indah mengenang warna-warna nostalgia yang membisikkan kerinduan aduh terkapai-kapai pada bisikan ini.. Muaz Hadi

Khatimah Cinta

[+] Biar ku bawa seluruh cinta mu...

Kasih Melayu Mekar Merindu

Image
hangat ubun hujung kepala yang memikir rasa.. mengenang nostalgia.. mencari bahagia.. yang satu ketika ada tapi hilang tak cerna kata orang tua-tua jangan berhenti berdoa kata pujangga jangan berhenti berharap apa lagi harus hati ini berdoa kalau bukan kasih yang mati.. apa lagi harus jiwa mengharap kalau bukan hasilnya tertiarap.. optimis sungguh mana datangnya yang sesuatu itu kadang bahagia mencari juga puncanya tapi sudah lama layunya ..cinta kasih yang teruji hadangan nyata sekali rasa ini asimilasi ...kasih kian layu ...rindu kian mekar siapa dapat menghalang ku..? Muaz Hadi