Posts

Khatimah Cinta

[+] Biar ku bawa seluruh cinta mu...

Kasih Melayu Mekar Merindu

Image
hangat ubun hujung kepala yang memikir rasa.. mengenang nostalgia.. mencari bahagia.. yang satu ketika ada tapi hilang tak cerna kata orang tua-tua jangan berhenti berdoa kata pujangga jangan berhenti berharap apa lagi harus hati ini berdoa kalau bukan kasih yang mati.. apa lagi harus jiwa mengharap kalau bukan hasilnya tertiarap.. optimis sungguh mana datangnya yang sesuatu itu kadang bahagia mencari juga puncanya tapi sudah lama layunya ..cinta kasih yang teruji hadangan nyata sekali rasa ini asimilasi ...kasih kian layu ...rindu kian mekar siapa dapat menghalang ku..? Muaz Hadi

Tangis bersulam rindu..

Image
Tersenyum sendiri apalah lagi bagai mencari inti berduri yang tak kunjung peri seksa sealam tari mencari pelangi yang hitam tak seri mengharapkan cantuman hati dan budi ku pegang kuntuman lesu lesi hasil mahsul yang basi yang satu ketika berdua berdiri di alam bayang tak lagi sepi tapi nyatanya kelam duka menanti mari menghirup udara.. berpelukan luka... mendongak asa... mengubat duka... kelambu ini senantiasa kusam kerana mencabang kata alam yang temannya malam yang saksinya bungkam kerana pada hujungnya ... ada tangis bersulam rindu perit bagai mencabut hidup kelam kelibut mahu untung timbul sabut tapi tenggelam dipukul ribut aduhai merintih alaskan dejavu ... menangis lagi kerana rindu Muaz Hadi

Bayang tak jelma..

Image
Sakit ini dahaga rindu yang tak mahu diabaikan kerana putihnya sinar yang menyirami wajah leka laksana dulu menyembur kata bukan tak sayang sembunyi wajah bukan tak rindu lama tak jumpa tak putus rasa di angin lalu ku alun kasih menyendiri asa.. ..terhambat suasa duka wahai alam ku dambakan hembusan salju biar bulan menangis tapi aku tak mahu biar matahari panas tapi aku tak terik cahaya ke cahaya mencari kandungan tiada tangis kerana tangis itu sudah dikuburkan alahai... aduhai mahu ku kucup bayangan.. .. tapi mana bisa ada bebayang .. tanpa tangis sang rembulan .. tanpa terik sang mentari kerana mereka kandung cahaya ..dan cahaya lahir bayang.. makanya intizar ini.. bayang tak jelma.. - Muaz Hadi -

Gelombang -Salamiah Hasan

Image
Nasibku dirundung malang Sederas gelombang Menghempas di pantai Semalam aku ternoda Dalam sinar cahaya di jendela Tiada esok lagi Gelap masa depan Sinar hidup ini tiada erti Hidupku seperti badai Tak henti gelora Musnahlah segala Perasaan dan harapan Untuk hari esok tiada lagi Oh Tuhanku KepadaMu ku pohon ampun doa restu Lindungilah daku yang tidak berdaya Di bumiMu ini

Sukma Pilu

sarat jiwa yang satu tak mahu sedih mengampun perasaan marhaen yang ikhlas sulaman kasih membina titian suci mahabbah tanpa harapan refleksi kerana ianya tulus menuju kudus yang sangat zalil pujuk hati yang duka tak mahu tangis aduhai perjalanan ini manis tunggangannya diisi minyak biar bercahaya ditiup biar membara akhirnya padam sebelum perlu ..bertemu akhir yang harus bertamu lembutkan ubun yang mengikat tak mahu tahan pergilah cahaya usah ragu langkah sahaja dengan senyuman telah biasa roh dan jasad ini.. ...gelincir di hati ...sukma pilu -muaz hadi-

Melankolik kata Damai..

mencari damai yang tak temui yang luntur pasti suatu hari arca jiwa ini resah beribu sepi tak tenang mengharap akhirnya rebah tertiarap Ya Lathiff.. Lembutkan lah hati kalbu yang dini ikhlas mencari tenang yang abadi tak mahu lagi gundah biar sahaja yang indah Ya Ghafurr.. Sejukkanlah hati yang tak mudah memaafkan bukan tak redha tapi tak mampu sedih pilu yang seribu yang akhirnya keras tak hitam kelabu mana damai itu... ku hamparkan kalbu tenang ..khas buat mu.. -Muaz Hadi-