Tangis bersulam rindu..

Wednesday, November 10, 2010 | Labels: | |
Share


Tersenyum sendiri apalah lagi
bagai mencari inti berduri
yang tak kunjung peri seksa sealam tari
mencari pelangi yang hitam tak seri
mengharapkan cantuman hati dan budi

ku pegang kuntuman lesu lesi
hasil mahsul yang basi
yang satu ketika berdua berdiri
di alam bayang tak lagi sepi
tapi nyatanya kelam duka menanti

mari menghirup udara..
berpelukan luka...
mendongak asa...
mengubat duka...

kelambu ini senantiasa kusam
kerana mencabang kata alam
yang temannya malam
yang saksinya bungkam

kerana pada hujungnya
... ada tangis bersulam rindu

perit bagai mencabut
hidup kelam kelibut
mahu untung timbul sabut
tapi tenggelam dipukul ribut

aduhai merintih alaskan dejavu
... menangis lagi kerana rindu


Muaz Hadi



6 comments:

  1. paranoid"nasir"android says:

    mengujakan.
    harap dapat singgah ke blog hamba.
    berikan tunjuk ajar.
    baru pandai mengeja.
    harap diajari menulis cermat.
    salam knal. :)

  2. Hariz Khair Ad-Deen says:

    salam ziarah.. berbakat..

  3. Life is a Journey says:

    wah hebat :)

  4. Nur Ilham Impian says:

    salam...sungguh puitis puisi ini....best

  5. Legacy Band says:

    mantaaaaaaap........

  6. iznie mei says:

    menarik =)

    done follow you.
    lets follow me back ya =)

There was an error in this gadget