Posts

Almanak Jiwa Nostalgia

Almanak jiwa ini sesungguhnya Terusan sahaja menyimpan ..lagi menambah sesuatu ..yang tak bisa tertolak Kerana indahnya rasa itu Kadang membahagiakan jiwa berpaksi kasih Kadang menitiskan air berkaca duka Lemaskan maha sesungguhnya Tiada yang dijanji mahu diusungkan Tiada yang luka mahu disembuhkan Biar bebat sedia berbakti Namun ketepian juga menolak ..kerana Rindu kasih ini sudah lama.. ..menyembah ke bumi Aduhai cahaya Aduhai bahagia Aduhai nostalgia -Muaz Hadi-

Semalu Hati..Sepilu Jiwa

Sampai kapan Hati ini disimpan berlagu duka Membentuk helaian kisah yang tak pasti ..lagi terjadi ..tak mahu terjadi Kudus hendaknya.. Nun di sana masihkah bersinar Tak pasti.. nampaknya Terlindung atau sudah malap ..serinya ..kasihnya Mungkin ada.. masih Tapi tak bisa menyentuh Membuang bagai mencabut duri Menyakitkan.. berbekas tajam Bukan sekadar berdarah.. ..tapi berparut dalam Meninggal ingatan.. ..yang kuat hakikat melukakan.. Semalu hati.. sepilu jiwa -Muaz Hadi-

Lunjur Terlarang - Adaptasi Kasih

Image
Salam kasih yang rindu.. ... menyahut punya hati yang kalbu Maskulin ku biar jadi taruhan.. ... aduh mana satu hadirnya senyuman rupanya kasih ku di sini ... bersama biar dipandang ke sisi E5.. engkau saksi kemesraan kami.. E5.. engkau pantai pertemuan kami.. E5.. engkau nadi kasih kami.. E5.. engkau paksi untaian kami.. Ketahuilah yang maha sesungguhnya.. Tiada lain bagi Borkotov.. .. hanya sekadar proksi .. hanya platform untuk kami .. hanya taman rekrusi diri Maaf teman... kami serasi bersama.. p/s Sekadar hiburan untuk teman2 e5 =p

Getis Pimpinan Amarah

Apakala yang dilaku tiada sedari terus sahaja mengundang padah durjana yang akhirnya terpalit hamis sendiri yang mana sesalnya mungkin.. ..tapi parutnya tak pasti sembuh manusia tolonglah hormati ikatan insan jangan dilanggar batasan itu apa dicari apa diharap apa dibuktikan kerna tiada yang diakal mu yang ada pada mu hanyalah.. .. khayalan getis pimpinan amarah jadilah insan bukan manusia murahan mengikut arus yang kononnya suci tapi sebenarnya busuk bernanah yang sehari-hari tambah nazak pada akhirnya pasti mereput.. .. apa mahu begitu? Muaz Hadi

Kau Pergi Tanpa Pesan..

Kemanakah... Akan ku cari Gelap terasa.. dunia ini Bagai tiada matahari Kau pergi tanpa pesan ku nanti tiada datang Di mana kau kini Di mana kau kini Aku tiada bertahan lagi Aduh...! Aduh..! Aduh.. duh.. duh.. Apakah kau tak sedar Janji suci kau patahkan Di mana ku cari Di mana ku cari Aku tiada terdaya lagi Aduh...! Aduh..! Aduh.. duh.. duh.. Putuslah harapanku... Lebih rasa ku menunggu ( ulang 2X ) Ke mana ku akan pergi Tempat bernaung diri Berkorban apa saja Demi untuk yang ku cinta Siksa dan derita Telah ku terima Tapi aku tak bahagia Aduh...! Aduh..! Aduh.. duh.. duh.. Ahai.. Ahai... Dato' Pah nyanyi tak ikut lirik asal... ni yang asal, tapi tak boleh embed pulak file nyer.. http://www.youtube.com/watch?v=_exNuupN1mA

Kasih Tak Senang..

seperti berisi.. tetapi kosong.. adaptasi mungkin.. tapi tak jaya.. itu pasti.. kadang datang kenangan tak mahu tak diundang.. kadang jelma wajah buatku senyum mahu berbunga.. kadang mahu ku dakap semula.. nostalgia penuh membahagiakan.. aduhai sakti sungguh imbasan sejuk mahunya mengimbau mungkin ada jua ingatan dari sana atau mungkin sedang mengumpul cebis harapan mahu dijadikan hadiah semula yang bakinya telah lama terbang di awan dania... dibawa angin lalu.. hati mu mahunya terusik sesal langkah mu dulu laju tak terfikirkan.. mengapa hampa tindak sendiri... mengapa jangan begitu.. jangan terus... ..dustai hati mu buaikan saja kasih itu.. lemparkan saja.. kerana tiada yang gembira.. apa guna kasih sayang.. ...kalau hati selalu tak senang? -Muaz Hadi-

Puisi Untuk Nur..

Image
Jauh merenung mencari di mana jagoan diri yang tewas mengalah sentiasa yang terikut tak fikir dua akhirnya terpijak menolak sadis aku bukan pengemis.. yang mengemis kasih ... mengemis sayang ... mengemis cinta tapi aku punya rindu untuk yang mengemis.. nur.. aku mahu bersandar.. letih jiwa ku yang separuh sayu yang separuh lagi mahu menjaga tapi meruntun jua tersadai kasih ku hampir kering disalaikan.. sungguh.. nur... izinkan aku terus menyandar menyerap sedikit penawar buat alas pedih perit ini aku tidak minta bahu mu cukup sekadar kata menggembirakan syukur ku arah itu nur.. jangan pergi jauh jangan pernah.. jangan pernah.. -Muaz Hadi-