Posts

Getis Pimpinan Amarah

Apakala yang dilaku tiada sedari terus sahaja mengundang padah durjana yang akhirnya terpalit hamis sendiri yang mana sesalnya mungkin.. ..tapi parutnya tak pasti sembuh manusia tolonglah hormati ikatan insan jangan dilanggar batasan itu apa dicari apa diharap apa dibuktikan kerna tiada yang diakal mu yang ada pada mu hanyalah.. .. khayalan getis pimpinan amarah jadilah insan bukan manusia murahan mengikut arus yang kononnya suci tapi sebenarnya busuk bernanah yang sehari-hari tambah nazak pada akhirnya pasti mereput.. .. apa mahu begitu? Muaz Hadi

Kau Pergi Tanpa Pesan..

Kemanakah... Akan ku cari Gelap terasa.. dunia ini Bagai tiada matahari Kau pergi tanpa pesan ku nanti tiada datang Di mana kau kini Di mana kau kini Aku tiada bertahan lagi Aduh...! Aduh..! Aduh.. duh.. duh.. Apakah kau tak sedar Janji suci kau patahkan Di mana ku cari Di mana ku cari Aku tiada terdaya lagi Aduh...! Aduh..! Aduh.. duh.. duh.. Putuslah harapanku... Lebih rasa ku menunggu ( ulang 2X ) Ke mana ku akan pergi Tempat bernaung diri Berkorban apa saja Demi untuk yang ku cinta Siksa dan derita Telah ku terima Tapi aku tak bahagia Aduh...! Aduh..! Aduh.. duh.. duh.. Ahai.. Ahai... Dato' Pah nyanyi tak ikut lirik asal... ni yang asal, tapi tak boleh embed pulak file nyer.. http://www.youtube.com/watch?v=_exNuupN1mA

Kasih Tak Senang..

seperti berisi.. tetapi kosong.. adaptasi mungkin.. tapi tak jaya.. itu pasti.. kadang datang kenangan tak mahu tak diundang.. kadang jelma wajah buatku senyum mahu berbunga.. kadang mahu ku dakap semula.. nostalgia penuh membahagiakan.. aduhai sakti sungguh imbasan sejuk mahunya mengimbau mungkin ada jua ingatan dari sana atau mungkin sedang mengumpul cebis harapan mahu dijadikan hadiah semula yang bakinya telah lama terbang di awan dania... dibawa angin lalu.. hati mu mahunya terusik sesal langkah mu dulu laju tak terfikirkan.. mengapa hampa tindak sendiri... mengapa jangan begitu.. jangan terus... ..dustai hati mu buaikan saja kasih itu.. lemparkan saja.. kerana tiada yang gembira.. apa guna kasih sayang.. ...kalau hati selalu tak senang? -Muaz Hadi-

Puisi Untuk Nur..

Image
Jauh merenung mencari di mana jagoan diri yang tewas mengalah sentiasa yang terikut tak fikir dua akhirnya terpijak menolak sadis aku bukan pengemis.. yang mengemis kasih ... mengemis sayang ... mengemis cinta tapi aku punya rindu untuk yang mengemis.. nur.. aku mahu bersandar.. letih jiwa ku yang separuh sayu yang separuh lagi mahu menjaga tapi meruntun jua tersadai kasih ku hampir kering disalaikan.. sungguh.. nur... izinkan aku terus menyandar menyerap sedikit penawar buat alas pedih perit ini aku tidak minta bahu mu cukup sekadar kata menggembirakan syukur ku arah itu nur.. jangan pergi jauh jangan pernah.. jangan pernah.. -Muaz Hadi-

Selamat Tinggal Bunga ku...

selamat tinggal bungaku aku bermohon pergi dahulu trima kasih seruanku jasamu untuk diriku ke timur kau ke utara tak tentu di mana nak tujukan setitik air mata dititis dan dibuang jangan sekiranya aku masih berada nun jauh di balik awan salam ang bahagia khabar yang gembir ku kirimkan inikah akhir bertemu bila nian kan berjumpa lagi ingatlah pesanan ku jaga baik diri sendiri

Monolog Jiwa Luka

Image
Aku tidak mahu mencari kelabu itu.. tapi ianya menerjah menguis pandangan tanpa dengar telinga ku. Terus sahaja menerobos hati ku mengundang satu perasaan yang tak tergambar.. tapi yang pasti sakitnya ada... mampu mengguriskan. Akhirnya sekali lagi luka itu disentuh semula.. mengapa perlu? Aduhai... mainkan lagi perasaan ku... Bukan hiba tapi amarah ku bisa kau cabar.. Kalbu ku hangus kau bakar.. Mengapa begitu harusnya? Tak mampu kau fikir azab ini? Tak sedar kau hempap remuk sirat ini. Tanpa belas kau layangkan layang-layang lalu.. kau sendiri putuskan talinya.. dengan hirisan tajam hilai gembira.. Biar Yang Esa tentukan apa natijah laku mu itu. Yang baik dibalas baik, yang buruk terpantul kadarnya.. pasti tiba.. -Muaz Hadi- 923. Sunee Grand Hotel, Ubon Ratchathani p/s ungkapan semula suara hati sahabat jiwa

Menitis tak mampu Diseka..

Image
hadir jua jelmaan yang bukan kasih yang bukan rindu yang bukan sanubari tapi merintihkan juga hati yang melayan aduh mengapa syahdu meminggiri hati tak punya jiwa meruntun kalbu tak punya warna menyentap akal tak punya fikiran sakit bukan zahir rasanya batin.. meluka ampun saja tak rela terpalit dosa noktah hitam tak semahu tak diundang menyinggah tak dilayan menempel tak dipandang resah sendiri menitis tak mampu diseka -Muaz Hadi-