Posts

Mozaik Pilu Rindu..

Image
Biar ku kenang rasa kalbu.. Biar ku gentas pasrah bertamu.. Biar ku pejam sisa kelabu.. Biar ku kumpul semua itu.. ..menjadi nostalgia mozaik rindu.. Biar ku bawa noktah seakan dejavu.. Biar ku pimpin hasrat pelangi ungu.. Biar ku hiba kasih membeku.. Biar ku jalin semua itu.. ..menjadi nostalgia mozaik pilu.. Tertitip jua tak tertunggu.. ..mozaik pilu rindu.. -Muaz Hadi-

Selamat Tinggal Bunga ku..

Image
Menggerak jatuh memalit sinar.. Pangkuan terlepas tapi kasih tersemat mekar.. Kasih.. Sumbang mu budi.. Kasih.. Kata mu sakti.. Kasih.. Lirik mu adi.. Kasih.. Pejam mu murni.. Tak tahu mana nak tujukan.. Salam yang bahagia.. Khabar yang kerinduan.. Kau masih nun di balik awan Bersiram airmata ..dititiskan dibuang jangan.. Sematkan.. aku masih ada.. Aku bermohon pergi dahulu.. Terima kasih seruanku.. Bila niat berjumpa lagi.. Kadar alam bertamu lagi.. Muaz Hadi

Mahligai Mu Dari Airmata Ku

Image
Izinkan diriku meluahkan rasa Maafkanlah aku andai kau terasa Biar kupaparkan apa yang terjadi Moga engkau tak ulangi Sungguh tak kusangka kau berpaling tadah Setelah lamanya menjalinkan cinta Dalam diam-diam kau sudah berpunya Tanpa aku menyedari semuanya Aku mendoakan agar kau bahagia Bersama si dia insan yang kau suka Percintaan kita tak sampai ke mana Setakat di bibir saja sayang Kau bina mahligai dari air mata Yang jatuh berderai di wajah sepiku Hancurnya hatiku bisa tak terkata Terhumban rasa diriku Oh aduhai ku masih ingati Janji manis dan saat romantis Kau pintaku supaya setia Akhirnya kau yang berubah Oh tuhanku tabahkan hatiku Temukan ku dengan ketenangan Jiwa ini dibelasah rindu tetapi apa dayaku Kucuba pejam mata tapi tak terlena Kerana ku masih teringat padamu Begitu payahnya nak ku melupakan Pernahkah engkau fikirkan oh sayang...

Merpati Bugis: Hariz Rahman

Image
Setahun sudah Ramadhan berlalu… kini muncul kembali.. Singkat maha kejapnya masih terngiang.. adakah benar ianya pasti.. Tibanya membawa makna berlapar dahaga… tahan nafsu diri.. Demi Tuhan.. beri ku kesempatan untuk nikmati ianya sekali lagi.. Tiada beda hari ini, esok dan semalam.. semuanya terkandung harapan tinggi.. ..dalam mencari kantung keberkatan yang hilang tanpa seri.. Apa lagi mahu ku tatih rahmatnya.. mana tenang Merpati Bugis.. ku damba seri.. Muaz Hadi ------------- Versi Asal: Hariz Rahman Sudah setahun puasa tahun lepas kita tinggalkan... Tidakkah engkau rasa hidup itu terlalu singkat? Sekali lagi puasa. Dan InsyaAllah sekali lagi. Hari ini dan semalam, doa adalah harapan. Mencari keberkatan hidup, di manakah ia? Di manakah letaknya rahmat ketenangan?

Listrik.. Adaptasi Teruap

Image
Ku lewati sepi malam ini.. menjunjung nyilu darsa hati.. letih.. tapi gagah jua mahu membisik terbuka sebelah mata.. kata terherdik Langsung apa lagi mahunya.. Meluak tumpah masih tak cukup juga.. Tak terkandung yang ada.. Tapi masih mahu.. persetan tiada.. Natijah hulur jiwa yang sakit.. meruntun lantas nahas ditimpa bukit.. Tak terasa hempasan berelung rakit.. Nyata jiwa itu songsang berpenyakit.. Adaptasi jiwa semahunya dipeluk.. Lepas siaga dasar sejauh darsawarsa.. Mahu disedut tak semua merujuk.. Lolos di dakapan ini perit terasa.. Lantas listriknya.. adaptasi teruap.. Muaz Hadi

Chenta Melati

Aku tulis atas ubun kasih akan jalan yang dipilih dan direntas ini. Tunjang rekod perjalanan semahunya di catat menjadi bukti bahawa setiap langkah adalah terarah dan tersaksi menuju destinasi yang tertetap. Mahu juga ku taburi setiap langkah dengan hawa yang indah, maka apakala kami ditakdirkan tersungkur semahunya, terkenang juga lipatan laluan yang sudah tercerna ini.. Zahir likunya mahu juga ku kongsikan, mahu juga diasimilasikan moga pohon ini berbunga membuahkan manfaat yang jitu jika tidak harum pun memadai dengan simpulan hasil yang keluar sepanjang jalan ini.. Tuhan, pada mu kami zahirkan harapan, pada mu kami rafak kan doa, pandu lah kami ke jalan yang lurus yang tiada belok sungkur di likunya, tiada sadung jatuh di siurnya dan hujung jalan natijahnya murni bagai mekarnya pucuk di embun pagi, bagai harumnya kemboja di hening malam.. Amiin

Terapi Subuh..

Image
Segar pagi ini.. Mata terbuka separuh Terpedih tiupan bayu pagi Angin hembus menyinggah ke pipi Rasa damai sekali kalbu hati Semalam masalah membukit tinggi Tangis ku bukan kepalang Serabut ku bukan teralang Ku pejamkam mata untuk ku lupakan derita Malam sementara.. cukup buat ku lampiaskan semua Pagi ini terbangun lagi Menyahut panggilan mengadap ilahi Terapi subuh ku adaptasi Kekuatan paksi ku sedut jauh membantu hati Tenangkah aku hari ini? Muaz Hadi p/s pening kepala