Rebutan Acheh

Lirik dan irama lagu ini betul meragut jiwa mengimbau sedih nan tenang. Biar ku tetapkan di sini untuk tetapan dan alunan masa-masa rehat berhati timbul.

Ada beberapa versi lagu ini. Versi asal A.Ramlie selepas itu dinyanyikan semula oleh Dato Ahmad Jais dan menjadi lagu pilihan orkestra majlis irama inang dan ghazal

Antara lirik meruntun pasrah jiwa

Hancur hati orang tak tahu
Mulut tertawa mulut tertawa
Hati menangis


Layankan Lirik penuh ini untuk hiburan hati :)



Anak nelayan naik perahu
Sedang berdayung sedang berdayung
Hujan gerimis

Hancur hati orang tak tahu
Mulut tertawa mulut tertawa
Hati menangis

Kain batik dari seberang
Dipakai anak
dipakai anak tanah melayu

Apa ertinya kasih dan sayang
Jikalau adik
Jikalau adik berjanji palsu

Gugurnya bunga dalam jambangan
Layu ditimpa
Layu ditimpa si matahari

Beribu sumpah adik ucapkan
Mengapa kini
Mengapa kini adik ingkari

Patah dahan daun berganti
Bunga pun kembang
Bunga pun kembang tiap tangkainya

Tak guna lagi daku sesali
sudahlah takdir
apa nak daya







Comments

Popular posts from this blog

Bahagia tak mahu jejaki Aku..

Ku relakan dikau pergi..

Dendam.. Cinta.. Rindu.