Posts

Bahagia tak mahu jejaki Aku..

Image
Membaca puisi cinta.. puisi rindu ...termanggu hati ini lagi merintih rindu yang satu tak sanggup menerima hakiki apa asa ku laksana kelabu kabur panggilan serasa hati Bukan aku tak mahu  Bukan aku tak lari Bukan aku tak buang Bukan aku tak CUBA ... melupa kamu ... menyingkir kamu ... menyisih kamu dari puspa rindu hati ku Alam.. pujuk lah hati ku Bulan.. sejuk kan hati ku Hujan.. lemas kan rindu ku Aku tiada daya lagi  Aku tiada daya lagi Aku tanpa daya lagi ... merawat sendiri rindu ini ... membebat sendiri luka ini ... menyandar sendiri pada harapan Pilu ini susungguhnya  menifestasi kasihku yang tiada cabang satu arah yang lurus untuk hati nya adakah... ini.. suratan perpisahan Aduhai bahagia tak mahu jejaki aku... - Muaz Hadi - kredit gambar clownpictures.org

Menanti Di Ambang Syurga - Ahmad Jais

Image
Duhai kasih pujaan kekanda Dengar ku mengeluhkan rindu Merayu setiapnya waktu, sayang Padamu duhai kekasihku Tapi sungguh malangnya nasibku Hajatku kini telah terganggu Kini -kaku- rasanya hidupku, sayang Tinggallah ku menanggung rindu Tapi ku kan tetap bersama Namun hatiku takkan bertukar Walau laut jiwaku terkorban, sayang Pada Tuhan -saja- kuserahkan Namun ku takkan putus asa Duhai kasih pujaan kekanda Di dunia kita tak berjumpa, sayang Ku menanti di ambang syurga

Kalau dapat ku karang Puisi Cinta..

Image
Kalau dapat ku karang puisi cinta persis hati jiwa yang gembira melakar senyuman pastinya ... akan ku lompat terbang burung ... tinggi di awan tiada murung ... tiada lagi duka ditarung ... sungguh kala itu mahu ku beruntung Tapi.. apa daya ku apa ada ku apa asa ku Dilingkari nostalgia bahagia yang akhirnya terlingkup mati Dilingkari kenangan indah yang akhirnya airmata meniti Dilingkari syu'ur sa'adah yang akhirnya tak kekal di hati Aduhai melati menyusun aksara puisi cinta.. aku buntu melirik lagu mekar.. aku kaku kerana tulisan ku hanya mampu .. menyeru jiwa yang rindu .. menyeka hati yang pilu Oh..aduhai - Muaz Hadi - kredit gambar fantasyecards.com

Apa Akhir Rindu Pungguk..

Image
Hati jiwa ini andai kau tahu.. Menangis merindu Merintih merindu ..tersangat... rindu Kata yang satu menyepi Kalam yang satu menyendiri menyapa hati kalbu yang dini kamu... sampai bila lagi.. kamu... sampai ajalku mati? Sesungguhnya.. hati jiwa ini andai kau tahu.. Ingin menyapa kamu Tak sanggup lagi sendu ... sungguh.. aku rindu. Merindu yang tak sudah Merindu sungguh nan gundah Alpaan tangis ini menggapai semangat pada alam yang satu pada dingin yang kalbu Kini.. aku faham hati jiwa mu Pungguk faham akan jiwamu yang tak habis rindukan bulan biar bulan kejam, engkau tetap di situ menanti merindu.. meniti merindu.. Apa akhir rindu kita Pungguk? - Muaz Hadi - kredit gambar  trekearth.com

Luka di sini..

Image
Aku bukan pemain puisi cinta kerana puisi romantis telah membunuh ku, membunuh jiwa ku dan yang ada hanya puisi sedih duka menemani luka carik kalbu ini. Terima kasih Ungu atas lagu yang indah ini menemani sanubari duka teman melati ku.. Dulu pernah ada cinta Dulu pernah ada sayang Namun kini tiada lagi Perasaan seperti dulu Kini tiada lagi kisah Cintaku tlah musnah sudah Hancur hatiku Telah kau sakiti perasaanku ----- Biarkan ku pergi Jangan kau tanyakan lagi Ku yakin ini yang terbaik untuk kau dan diriku Biarkan berlalu Rasa cinta ini di hati Ku tak bisa tuk menahan Aku luka di sini

Kamu... Boleh aku bertanya...?

Image
Dahulu desis hati ku kesah pilunya kerana kasih cinta dan nista itu masih bersama ku.. Bukan hasrat ku bermain kata menulis puisi cinta tapi ianya teras agas puisi hiba alunan jiwa ku yang merindu kasih. Laksana sang pungguk yang melihat indahnya bulan tapi tak terdakap lalu menyiulkan bunyi panggilan sayu.. Aku pilih untuk berkata bahasa pilu sebagai ganti puisi cinta yang seharusnya menjadi mainan pujaan jiwa ku.. Yang jelas atlasnya itu puisi hati, kata hati ku yang duka pilu mengenang nostalgia yang kata-kata cinta terbenam dibenaknya.. Merindukah aku? Merindukah kamu? Tiada yang dapat menyangkal lumrah insani yang indah di helaian kutub hati. Bukan puisi tentang cinta tapi bait kata-kata puisi hati yang telus jelas nyata membalikkan sesuatu yang disebaliknya. Aku jujur.. Kamu juga jujur mahunya tanpa perlu tahu tentang hiba hinanya aku Kredit gambar Kamu.. boleh aku bertanya? Adakah kamu tidak pernah terfikir tentang aku? Apakah kamu tidak pernah terlintas akan nama ku, s...

Monolog Hati Pada Jiwa

Image
Gertak hati ku.. ..pada jiwa ku.. Engkau ampuni dia? engkau lupakan dia? tak ingat pada seksa mu? tak ingat pada janji nya pada mu? tak ingat pada senyumannya yang palsu? Gertak hati ku.. ..pada jiwa ku.. atau ..engkau masih sayang dia.. ..engkau masih rindu dia.. ..engkau masih dambakan dia.. ..engkau dahaga kasihnya.. engkau masih..masih..masih.. aduhai laksana batu besar di tepian pantai dipukul ombak berkali.. terluka masih kukuh di situ.. tercedera masih tak tumbang.. diconteng pelawat pantai.. masih tak ganjak suci..suci rindu ku suci..suci kasih ku suci..suci pasrah ku Tuhan.. bantu aku melupakannya.. -Muaz Hadi-