Posts

Bayang tak jelma..

Image
Sakit ini dahaga rindu yang tak mahu diabaikan kerana putihnya sinar yang menyirami wajah leka laksana dulu menyembur kata bukan tak sayang sembunyi wajah bukan tak rindu lama tak jumpa tak putus rasa di angin lalu ku alun kasih menyendiri asa.. ..terhambat suasa duka wahai alam ku dambakan hembusan salju biar bulan menangis tapi aku tak mahu biar matahari panas tapi aku tak terik cahaya ke cahaya mencari kandungan tiada tangis kerana tangis itu sudah dikuburkan alahai... aduhai mahu ku kucup bayangan.. .. tapi mana bisa ada bebayang .. tanpa tangis sang rembulan .. tanpa terik sang mentari kerana mereka kandung cahaya ..dan cahaya lahir bayang.. makanya intizar ini.. bayang tak jelma.. - Muaz Hadi -

Gelombang -Salamiah Hasan

Image
Nasibku dirundung malang Sederas gelombang Menghempas di pantai Semalam aku ternoda Dalam sinar cahaya di jendela Tiada esok lagi Gelap masa depan Sinar hidup ini tiada erti Hidupku seperti badai Tak henti gelora Musnahlah segala Perasaan dan harapan Untuk hari esok tiada lagi Oh Tuhanku KepadaMu ku pohon ampun doa restu Lindungilah daku yang tidak berdaya Di bumiMu ini

Sukma Pilu

sarat jiwa yang satu tak mahu sedih mengampun perasaan marhaen yang ikhlas sulaman kasih membina titian suci mahabbah tanpa harapan refleksi kerana ianya tulus menuju kudus yang sangat zalil pujuk hati yang duka tak mahu tangis aduhai perjalanan ini manis tunggangannya diisi minyak biar bercahaya ditiup biar membara akhirnya padam sebelum perlu ..bertemu akhir yang harus bertamu lembutkan ubun yang mengikat tak mahu tahan pergilah cahaya usah ragu langkah sahaja dengan senyuman telah biasa roh dan jasad ini.. ...gelincir di hati ...sukma pilu -muaz hadi-

Melankolik kata Damai..

mencari damai yang tak temui yang luntur pasti suatu hari arca jiwa ini resah beribu sepi tak tenang mengharap akhirnya rebah tertiarap Ya Lathiff.. Lembutkan lah hati kalbu yang dini ikhlas mencari tenang yang abadi tak mahu lagi gundah biar sahaja yang indah Ya Ghafurr.. Sejukkanlah hati yang tak mudah memaafkan bukan tak redha tapi tak mampu sedih pilu yang seribu yang akhirnya keras tak hitam kelabu mana damai itu... ku hamparkan kalbu tenang ..khas buat mu.. -Muaz Hadi-

Aduhai Melati bunga ku..

Melati.. mengapa perlu lagi bertanya sedangkan kau pasti dengar tentang yang bayang mengejar akan diri sendiri tak luhur Melati.. tulis ku ini rasa hati yang rindu tak mungkin dirindui tahu tapi tak mahu memastikan akan benar kerna azabnya hakiki Melati.. jangan begitu dilupai talian jiwa yang suci jambatan rimba penawar abdi bebat magis yang selalu sekaki Melati.. aku ini hikayat jalanan puisi bagai mengejar bayangan sendiri tak tahu tak paksa tapi rasa urat bisa masih tetap memegang pena Melati.. aku bukan siapa-siapa yang mahu apa-apa biar dilupa kasih ini tetap tak alpa -Muaz Hadi-

Jiwa Nestapa

Dendangkan lagu gembira menyeka jiwa yang rasib meyapa hati yang mahsul terus memandang ke hadapan berimpikan mahligai.. ... yang ranah tertiarap tak sanggup lagi melepaskan bagai semalam yang berkasih berlagu senyuman tiada gundah melayari susur bebunga mersik asyik benar haruman tiada yang bisa memedihkan ..akhirnya hancur halus bagai debu gambaran sejuta pilu dambaan seikhlas duka imbasan semanis peria terlungkup jiwa nestapa - Muaz Hadi -

Memahat Suka Sembunyi Duka..

Image
Merenung memandang mencari yang indah bukan hendaknya fatamorgana tetapi sesuatu yang bisa.. ..menenangkan ..mengujakan setelah perginya dia.. tanpa belas senyuman tanpa toleh kerdipan Senyum ku tak mampu lagi lirikannya tiada nyaman padanya tiada jiwa dalamnya bagai kosong tiada manis asa ku membentuk jua demi yang sesuatu.. dan maha sesungguhnya.. akan terus ku hiburkan kalian memahat suka sembunyi hati duka ..yang luka ..yang sepi ..yang malap terimalah seadanya aku .. teman mu .. sahabat mu usah ada benci bencana cukuplah... usah lagi.. ...usah lagi... -Muaz Hadi- inspirasi gempita gambar Rohaizad