Posts

Puisi Untuk Nur..

Image
Jauh merenung mencari di mana jagoan diri yang tewas mengalah sentiasa yang terikut tak fikir dua akhirnya terpijak menolak sadis aku bukan pengemis.. yang mengemis kasih ... mengemis sayang ... mengemis cinta tapi aku punya rindu untuk yang mengemis.. nur.. aku mahu bersandar.. letih jiwa ku yang separuh sayu yang separuh lagi mahu menjaga tapi meruntun jua tersadai kasih ku hampir kering disalaikan.. sungguh.. nur... izinkan aku terus menyandar menyerap sedikit penawar buat alas pedih perit ini aku tidak minta bahu mu cukup sekadar kata menggembirakan syukur ku arah itu nur.. jangan pergi jauh jangan pernah.. jangan pernah.. -Muaz Hadi-

Selamat Tinggal Bunga ku...

selamat tinggal bungaku aku bermohon pergi dahulu trima kasih seruanku jasamu untuk diriku ke timur kau ke utara tak tentu di mana nak tujukan setitik air mata dititis dan dibuang jangan sekiranya aku masih berada nun jauh di balik awan salam ang bahagia khabar yang gembir ku kirimkan inikah akhir bertemu bila nian kan berjumpa lagi ingatlah pesanan ku jaga baik diri sendiri

Monolog Jiwa Luka

Image
Aku tidak mahu mencari kelabu itu.. tapi ianya menerjah menguis pandangan tanpa dengar telinga ku. Terus sahaja menerobos hati ku mengundang satu perasaan yang tak tergambar.. tapi yang pasti sakitnya ada... mampu mengguriskan. Akhirnya sekali lagi luka itu disentuh semula.. mengapa perlu? Aduhai... mainkan lagi perasaan ku... Bukan hiba tapi amarah ku bisa kau cabar.. Kalbu ku hangus kau bakar.. Mengapa begitu harusnya? Tak mampu kau fikir azab ini? Tak sedar kau hempap remuk sirat ini. Tanpa belas kau layangkan layang-layang lalu.. kau sendiri putuskan talinya.. dengan hirisan tajam hilai gembira.. Biar Yang Esa tentukan apa natijah laku mu itu. Yang baik dibalas baik, yang buruk terpantul kadarnya.. pasti tiba.. -Muaz Hadi- 923. Sunee Grand Hotel, Ubon Ratchathani p/s ungkapan semula suara hati sahabat jiwa

Menitis tak mampu Diseka..

Image
hadir jua jelmaan yang bukan kasih yang bukan rindu yang bukan sanubari tapi merintihkan juga hati yang melayan aduh mengapa syahdu meminggiri hati tak punya jiwa meruntun kalbu tak punya warna menyentap akal tak punya fikiran sakit bukan zahir rasanya batin.. meluka ampun saja tak rela terpalit dosa noktah hitam tak semahu tak diundang menyinggah tak dilayan menempel tak dipandang resah sendiri menitis tak mampu diseka -Muaz Hadi-

Separuh Jiwa ku Pergi

Image
Separuh jiwaku pergi Memang indah semua Tapi berakhir luka kau main hati dengan sadarmu kau tinggal aku Benar ku mencintaimu Tapi tak begini Kau khianati hati ini Kau curangi aku Kau bilang tak pernah bahagia Selama dengan aku Itu ucap bibirmu Kau dustakan semua Yang kita bina Kau hancurkan semua Benar ku mencintaimu.. -Anang untuk Kris Dayanti -

Aksara Untuk Bulan

Image
Tampak jelas indahnya kamu..bulan Bila senang terang bulat pancarmu Tapi mengapa ada aura sedih bersama Seperti tersenyum.. tapi pilu Seperti memanggil.. tapi jauh Bintang nampak seakan dekat denganmu bersahabat menemani di sisi cahaya berkelip bagai gembira bersama banyak yang suka senyum melihat zahirnya nampak.. tapi hakikat siapa peduli? nun di balik alam mata melihat disebalik belakangmu..bulan tak mampu ku lihat..tapi aku tahu ada tiga ratus enam puluh darjah sisimu yang dilihat nampak hanya seratus lapan puluh darjah tak mungkin bisa ditafsir simpul kerna yang nampak hanya separuh sabarlah bulan tsabatlah bulan senyum sedihmu sesungguhnya.. ...menggembirakan banyak hati Muaz Hadi

Jiwa Larat Melarat

Image
Berjalan menelusuri alam.. mengenang budi yang tak terbalas memejam kata yang bukan sehari damaknya menusuk tiada sanubari lantas buai ini terhayun.. ke mana langkah ini gamaknya.. biar berangin akibat hayunan itu yang tak perlu getisnya menggambar bagai tiada penghujung destinasi mencari erti yang tak pasti.. meskipun hasrat itu ada.. noktah itu tampak jelas tapi gerak gaya mahu disangkal jua demi menjaga yang sesuatu yang hujungnya tak pasti juga.. biar lupus lenyap ingin itu biar hanyut lemas rasa itu biarkan.. biar jiwa ini karam melarat.. Muaz Hadi