Posts

Showing posts from March, 2013

Bawakan aku bahagia ku..

Image
Apa khabar CINTA? Masih ingat akan daku? ..yang satu masa teman karib mu ..yang satu ketika sahabat cita mu Pernah ketika itu kita bersama jalan senyum.. kau lemparkan manis mu berbunga.. kau dambakan kalbu ku berdakapan.. kau peluki aku masih ingat semua itu cinta? Eh bagaimana dengan rakan kita.. KASIH? Aku rindu dia.. sama seperti kamu Aku rindu kamu berdua.. Ketahui lah CINTA Pandang lah aku KASIH jiwa ku bersalut duka hari-hari ku berduri luka langkah ku sumbang sadung gelincir dampar bersaling memaling esak menangis bersulam alam mengerti kah kalian? Aku tidak mahu merayu kerana rayu ku pilu.. Aku tidak mahu meminta kerana pinta ku merana.. Aduhai CINTA.. Aduhai KASIH.. Kenapa tinggalkan aku bersama sengsara Kenapa biarkan aku berteman durja .. yang menyeksakan .. yang mengguriskan .. yang menggusarkan Seolah tiada hujung Cinta.. Kasih.. Kembalikan aku pada senyum ku Bawakan aku bahagia ku..