Posts

Showing posts from May, 2012

Bahagia tak mahu jejaki Aku..

Image
Membaca puisi cinta.. puisi rindu ...termanggu hati ini lagi merintih rindu yang satu tak sanggup menerima hakiki apa asa ku laksana kelabu kabur panggilan serasa hati Bukan aku tak mahu  Bukan aku tak lari Bukan aku tak buang Bukan aku tak CUBA ... melupa kamu ... menyingkir kamu ... menyisih kamu dari puspa rindu hati ku Alam.. pujuk lah hati ku Bulan.. sejuk kan hati ku Hujan.. lemas kan rindu ku Aku tiada daya lagi  Aku tiada daya lagi Aku tanpa daya lagi ... merawat sendiri rindu ini ... membebat sendiri luka ini ... menyandar sendiri pada harapan Pilu ini susungguhnya  menifestasi kasihku yang tiada cabang satu arah yang lurus untuk hati nya adakah... ini.. suratan perpisahan Aduhai bahagia tak mahu jejaki aku... - Muaz Hadi - kredit gambar clownpictures.org