Kalau dapat ku karang Puisi Cinta..


Kalau dapat ku karang puisi cinta
persis hati jiwa yang gembira
melakar senyuman pastinya

... akan ku lompat terbang burung
... tinggi di awan tiada murung
... tiada lagi duka ditarung
... sungguh kala itu mahu ku beruntung

Tapi..
apa daya ku
apa ada ku
apa asa ku

Dilingkari nostalgia bahagia
yang akhirnya terlingkup mati

Dilingkari kenangan indah
yang akhirnya airmata meniti

Dilingkari syu'ur sa'adah
yang akhirnya tak kekal di hati

Aduhai melati
menyusun aksara puisi cinta.. aku buntu
melirik lagu mekar.. aku kaku
kerana tulisan ku hanya mampu
.. menyeru jiwa yang rindu
.. menyeka hati yang pilu

Oh..aduhai

- Muaz Hadi -

kredit gambar fantasyecards.com

Comments

Kasih Syg said…
Emm...sememangnya anda telah tulis puisi cinta yg indah...wlaupun hanya termaktub sejarah cinta. Sememangnya fitrah manusia itu tak nampak kehebatan dn kekuatan dirinya.. Kekuatan dn kehebatan itu ada di mata org lain...hehehe.
Andai manusia itu nampak kekuatan dn kehebatan dirinya...maka jadilah manusia itu umpama firaun, qarun dn haman.. Oleh itu syukurlah pada Allah kerana kamu itu adalah kamu..dn saya adalah sy dn mereka adalah mereka...dn kita adalah hamba Allah yang redha...

Sekadar renungan shj...maaf andai sy salah bicara..
Kakek Guyu said…
inspiratif. cinta selalu memberi warna.

salam silaturrahim.

blogwalker
Anonymous said…
Puisi yang bagus, yg mengangkat hati..
Unknown said…
suke dengan puisi anda
Unknown said…
Terkesan dihati....

Popular posts from this blog

Bahagia tak mahu jejaki Aku..

Ku relakan dikau pergi..

Dendam.. Cinta.. Rindu.