Posts

Showing posts from 2011

Luka di sini..

Image
Aku bukan pemain puisi cinta kerana puisi romantis telah membunuh ku, membunuh jiwa ku dan yang ada hanya puisi sedih duka menemani luka carik kalbu ini. Terima kasih Ungu atas lagu yang indah ini menemani sanubari duka teman melati ku.. Dulu pernah ada cinta Dulu pernah ada sayang Namun kini tiada lagi Perasaan seperti dulu Kini tiada lagi kisah Cintaku tlah musnah sudah Hancur hatiku Telah kau sakiti perasaanku ----- Biarkan ku pergi Jangan kau tanyakan lagi Ku yakin ini yang terbaik untuk kau dan diriku Biarkan berlalu Rasa cinta ini di hati Ku tak bisa tuk menahan Aku luka di sini

Kamu... Boleh aku bertanya...?

Image
Dahulu desis hati ku kesah pilunya kerana kasih cinta dan nista itu masih bersama ku.. Bukan hasrat ku bermain kata menulis puisi cinta tapi ianya teras agas puisi hiba alunan jiwa ku yang merindu kasih. Laksana sang pungguk yang melihat indahnya bulan tapi tak terdakap lalu menyiulkan bunyi panggilan sayu.. Aku pilih untuk berkata bahasa pilu sebagai ganti puisi cinta yang seharusnya menjadi mainan pujaan jiwa ku.. Yang jelas atlasnya itu puisi hati, kata hati ku yang duka pilu mengenang nostalgia yang kata-kata cinta terbenam dibenaknya.. Merindukah aku? Merindukah kamu? Tiada yang dapat menyangkal lumrah insani yang indah di helaian kutub hati. Bukan puisi tentang cinta tapi bait kata-kata puisi hati yang telus jelas nyata membalikkan sesuatu yang disebaliknya. Aku jujur.. Kamu juga jujur mahunya tanpa perlu tahu tentang hiba hinanya aku Kredit gambar Kamu.. boleh aku bertanya? Adakah kamu tidak pernah terfikir tentang aku? Apakah kamu tidak pernah terlintas akan nama ku, s

Monolog Hati Pada Jiwa

Image
Gertak hati ku.. ..pada jiwa ku.. Engkau ampuni dia? engkau lupakan dia? tak ingat pada seksa mu? tak ingat pada janji nya pada mu? tak ingat pada senyumannya yang palsu? Gertak hati ku.. ..pada jiwa ku.. atau ..engkau masih sayang dia.. ..engkau masih rindu dia.. ..engkau masih dambakan dia.. ..engkau dahaga kasihnya.. engkau masih..masih..masih.. aduhai laksana batu besar di tepian pantai dipukul ombak berkali.. terluka masih kukuh di situ.. tercedera masih tak tumbang.. diconteng pelawat pantai.. masih tak ganjak suci..suci rindu ku suci..suci kasih ku suci..suci pasrah ku Tuhan.. bantu aku melupakannya.. -Muaz Hadi-

Kebobrokan Puisi Cinta..

Image
Apa ada pada puisi cinta? Apa dicari pada puisi cinta? Apa diharap pada puisi cinta? Apa ditagih pada puisi cinta? aksara ketahuan puisi cinta itu dusta aksara kilauan puisi cinta itu batil aksara indah puisi cinta itu metafora Aduh malaun dibuai dengan puitis kata cinta asyik maksyuk senyum sumbang awangan fikrah hilang waras adaptasi kelabu alam durjana sungguh mainan kata ini tapi masih ampuh ditagih konon penyeri langkah kasih pautan mahu didodoikan lagi..senantiasa bangkit.. persetankan saja kata puitis puisi cinta ...sebelum jiwa engkau kering ...dek kebobrokan puisi cinta manusia! -Muaz Hadi-

Lepaskan saja..

biar rindu melekat tegar biar senyuman nostalgia berputar biar kasih utuh tak tertolak aku lepaskan.. rela lepaskan.. tangis lepaskan.. seolah mimpi diganggu siang dalam kesedapan ianya berbatas terhalang oleh yang tak tertolak pasrah ungkapan kedu langkah persis gila aduhai... lepaskan saja dia.. lepaskan saja dia... lepaskan saja dia.... lepaskan saja dia pergi! -Muaz Hadi-

Suatu Pernah

Image
terleburhancur kebal rusukku; berkecaisepai, terpecahbelah, terima kasih atas ajarmu— --cinta tak wujud --ah, tak pernah. - titis syahdu ku untuk Fynn Jamal T_T

Tak kasihankah padaku..?

mengungkap bahasa jiwa yang sepi menanti sesuatu yang mahu mengalir dek sentuhan kasih yang suci rindu yang amat.. ...sangat lantas mengalir saja airmata ini mengenang kasih yang duka asmara yang luka tak mahu berlayar pergi meninggalkan aku mengapa saja tak mahu.. mengapa saja mendekatkan.. mengapa saja melewati ku.. seksa sudah tak mampu lagi tak kasihankah pada ku..? -Muaz Hadi-

Pulanglah duka.. tiada sakti padamu

Image
duka yang syahdu melewati bersua demi meragut jiwa sunyi mengundang air mata sepi yang tak tertahankan lagi bukan rindu, tapi amarah bisa aduhai hati yang melati kasih ku kenapa menyeksakan... kenapa menggusarkan... kenapa mengguriskan.. ... sendiri juga aku terdampar di ruangan balik kalbu sendiri aku tak mahu tangis.. ...kerna ia menyeksakan aku tak mahu duka.. ... kerna ia menyedihkan aku tak mahu ingatan.. ...kerna ia membunuh ku duhai alam tepiskan duka ini longgarkan kusut ini biar aku bernafas tenang kembali tersenyum riang pulanglah duka tiada sakti pada mu.. -Muaz Hadi- p/s pasca ingatan duka sahabatku Nurdalila

Surat untuk Bulan..

Image
Apa khabar bulan..? lama tidak bersua.. bukan tiada ingatan.. ..bahkan selalu sahaja menyebut dan mengenang yang jauh di sudut hati Kamu sihat bulan..? lama tidak bertanya khabar.. bukan tak sudi tapi menjaga kadang aku fikir kamu tak suka kerana kamu kadang tidak membalas tanyaku lalu ku intai dari jauh untuk nyata kamu sihat.. Bagaimana hidup kamu bulan..? lama kamu tidak bercerita.. tapi aku titipkan doa kebahagiaan buat mu selalu selepas solat ku tanda ingatan hati buat mu yang mahu melihat kamu bahagia kerana bahagia mu bahagia ku jua Kamu ingat aku bulan..? .. tak mengapa.. tak perlu kamu jawabnya kerana memadai bagiku pancaran sinar.. ..di kala kamu mengambang Aku rindu kamu bulan.. Aku rindu kamu.. Rindu.. -Muaz Hadi-

Warna Rindu

hati ini menyanyi nada gelisah sendiri irama asyik terurai bagai tak terlepaskan rantai persis musafir terdampar di pantai rupanya masih sedar selubung rindu hirisan yang nyata sungguh nyilu dibuai hembusan angin pilu sepi lagi tapi kali ini tak berlagu lambaikan pada bulan bertanya khabar indah mengenang warna-warna nostalgia yang membisikkan kerinduan aduh terkapai-kapai pada bisikan ini.. Muaz Hadi