Surat untuk Bulan..


Apa khabar bulan..?
lama tidak bersua..
bukan tiada ingatan..
..bahkan selalu sahaja
menyebut dan mengenang
yang jauh di sudut hati

Kamu sihat bulan..?
lama tidak bertanya khabar..
bukan tak sudi tapi menjaga
kadang aku fikir kamu tak suka
kerana kamu kadang tidak membalas tanyaku
lalu ku intai dari jauh
untuk nyata kamu sihat..

Bagaimana hidup kamu bulan..?
lama kamu tidak bercerita..
tapi aku titipkan doa kebahagiaan buat mu
selalu selepas solat ku
tanda ingatan hati buat mu
yang mahu melihat kamu bahagia
kerana bahagia mu bahagia ku jua

Kamu ingat aku bulan..?
.. tak mengapa..
tak perlu kamu jawabnya
kerana memadai bagiku
pancaran sinar..
..di kala kamu mengambang

Aku rindu kamu bulan..
Aku rindu kamu..
Rindu..

-Muaz Hadi-

Comments

Unknown said…
sungguh mengasyikkan..membuatkan aku terkenang pada si dia yg jauh di berada di malaysia. entah ingat entak tidak kat aku ni.
FaZiLa said…
phewww~~~

apa khabar astronout aku gamaknya di marikh sana?wakakaka
En. muazunilkirom, rupanya kita memandang bulan yang sama..he.. :D
Muaz Hadi said…
- ziegler; terus saja dihubungi, mungkin dia juga menanti =)

- cik Fazila; owh ada yang terkandas di sana kah? ehehe

- cik Fairininil; owh tidak, bulan ku berada pada garisan yang lain dari bulan mu =p
setiakasih said…
salam. aku singgah sebentar.
Muaz Hadi said…
lama juga tiada berkhabar teman puisi ku 'setiakasih'. bagaimana jiwa mu lewat ini?
Hujan Merah said…
andai bulan boleh membalas surat mu..pasti dia khabar kan..

aku sihat seperti kau lihat aku..yang sentiasa menyinari bumi

dia juga akn kata hidup ku seperti biasa namun agak hambar kerana kau sudah tiada masa untuk aku,kau sudah lama tidak temani aku,dengar celotek kosongku

dan bulan juga akn kata
aku juga rindu akan kau
yang tidak pernah lupa aku walau sedetik
terima kasih buat aku berharga teman....

mungkin ini bicara bulan


p/s: walaupun aku bukan bulan tapi aku akui aku suka mintak bulan dengar keluh kesah aku walau hanya sesaat... :)


salam perkenalan.,..
Muaz Hadi said…
andai benar itu cetusan bulan... aku juga bahagia... sungguh bahagia..

p/s salam kenal juga =)
Atteya_Azmi said…
tersentuh tatkala membacanya... mohon share..

http://atteya.blogspot.com
bulan said…
suke sgt ngan bulan...cantik. bley tak nk copy puisi ni??? -bulan-

Popular posts from this blog

Bahagia tak mahu jejaki Aku..

Ku relakan dikau pergi..

Dendam.. Cinta.. Rindu.