Tangis bersulam rindu..


Tersenyum sendiri apalah lagi
bagai mencari inti berduri
yang tak kunjung peri seksa sealam tari
mencari pelangi yang hitam tak seri
mengharapkan cantuman hati dan budi

ku pegang kuntuman lesu lesi
hasil mahsul yang basi
yang satu ketika berdua berdiri
di alam bayang tak lagi sepi
tapi nyatanya kelam duka menanti

mari menghirup udara..
berpelukan luka...
mendongak asa...
mengubat duka...

kelambu ini senantiasa kusam
kerana mencabang kata alam
yang temannya malam
yang saksinya bungkam

kerana pada hujungnya
... ada tangis bersulam rindu

perit bagai mencabut
hidup kelam kelibut
mahu untung timbul sabut
tapi tenggelam dipukul ribut

aduhai merintih alaskan dejavu
... menangis lagi kerana rindu


Muaz Hadi



Comments

mengujakan.
harap dapat singgah ke blog hamba.
berikan tunjuk ajar.
baru pandai mengeja.
harap diajari menulis cermat.
salam knal. :)
MF said…
salam ziarah.. berbakat..
BERKAT ESHOP said…
salam...sungguh puitis puisi ini....best
Legacy Band said…
mantaaaaaaap........
NIJ said…
menarik =)

done follow you.
lets follow me back ya =)

Popular posts from this blog

Bahagia tak mahu jejaki Aku..

Ku relakan dikau pergi..

Dendam.. Cinta.. Rindu.