Jiwa Nestapa

Dendangkan lagu gembira
menyeka jiwa yang rasib
meyapa hati yang mahsul
terus memandang ke hadapan
berimpikan mahligai..
... yang ranah tertiarap

tak sanggup lagi melepaskan
bagai semalam yang berkasih
berlagu senyuman tiada gundah
melayari susur bebunga mersik
asyik benar haruman
tiada yang bisa memedihkan

..akhirnya hancur halus bagai debu

gambaran sejuta pilu
dambaan seikhlas duka
imbasan semanis peria
terlungkup jiwa nestapa


- Muaz Hadi -

Comments

Popular posts from this blog

Bahagia tak mahu jejaki Aku..

Ku relakan dikau pergi..

Dendam.. Cinta.. Rindu.