Memahat Suka Sembunyi Duka..


Merenung memandang mencari yang indah
bukan hendaknya fatamorgana
tetapi sesuatu yang bisa..
..menenangkan
..mengujakan
setelah perginya dia..
tanpa belas senyuman
tanpa toleh kerdipan

Senyum ku tak mampu lagi lirikannya
tiada nyaman padanya
tiada jiwa dalamnya
bagai kosong tiada manis
asa ku membentuk jua
demi yang sesuatu..

dan maha sesungguhnya..
akan terus ku hiburkan kalian
memahat suka sembunyi hati duka
..yang luka
..yang sepi
..yang malap

terimalah seadanya aku
.. teman mu
.. sahabat mu
usah ada benci bencana
cukuplah... usah lagi..
...usah lagi...


-Muaz Hadi-
inspirasi gempita gambar Rohaizad

Comments

FaZiLa said…
tajuk dia best!!hahaha
Muaz Hadi said…
suka ke terkena pada jiwa sendiri cik Fazila? ekekeke
Zikri Husaini said…
perghh tersurat dah tersirat maksud dia nie...
FaZiLa said…
muaz~

tettttttt....hahaha
Unknown said…
Best!!! Sedap membaca dan mengimbaskan waktu yang berlalu dan berlaku Di rantau Amsterdam
Unknown said…
Best!!! Sedap membaca dan mengimbaskan waktu yang berlalu dan berlaku Di rantau Amsterdam
Unknown said…
Best!!! Sedap membaca dan mengimbaskan waktu yang berlalu dan berlaku Di rantau Amsterdam

Popular posts from this blog

Bahagia tak mahu jejaki Aku..

Ku relakan dikau pergi..

Dendam.. Cinta.. Rindu.