Alang Sedar.. Puisi Derita

Dengan sedar atau tanpa
tiada guna kerna ianya telah mengguris
tiada sakti kata mampu menyembuh
lantaran terbiar luka bernanah
yang menunggu nanti parah
mengapa itu yang dipilih..

alahai mari ku pujuk
bukan diajuk
hati merajuk
mampu menyejuk

ketahuilah ianya bukan pilihan
tetapi datang yang bukan angan
tiada tertangkis kerana yang menangis
..bukan hati tapi jiwa
yang sukar menahan
menifestasi bisa kata buat

alahai sekali lagi terdampar
dahaga tak lapar
baring terkapar
dalam alang sedar


-Muaz Hadi-

Comments

Popular posts from this blog

Bahagia tak mahu jejaki Aku..

Ku relakan dikau pergi..

Dendam.. Cinta.. Rindu.