Puisi Untuk Nur..


Jauh merenung mencari
di mana jagoan diri
yang tewas mengalah sentiasa
yang terikut tak fikir dua
akhirnya terpijak menolak sadis

aku bukan pengemis..
yang mengemis kasih
... mengemis sayang
... mengemis cinta
tapi aku punya rindu
untuk yang mengemis..

nur.. aku mahu bersandar..
letih jiwa ku yang separuh
sayu yang separuh lagi
mahu menjaga tapi meruntun jua
tersadai kasih ku
hampir kering disalaikan.. sungguh..

nur... izinkan aku terus menyandar
menyerap sedikit penawar
buat alas pedih perit ini
aku tidak minta bahu mu
cukup sekadar kata menggembirakan
syukur ku arah itu

nur.. jangan pergi jauh
jangan pernah..
jangan pernah..

-Muaz Hadi-

Comments

JelmaKsatria said…
what a nice puisi.beautiful!why don't we share the same interest?i love puisi as well.do visit mine:

www.lukisanhatipelangi.blogspot.com

nadyacheryl.
faziz ar said…
salam
mohon melawat dan membaca puisimu
nice poem, selamat bersulam puisi
setiakasih said…
Salam...
Muaz hadi.
Sungguh pedih rasa hatimu
tempiasnya mengenai aku...
di laut cina selatan.
Muaz Hadi said…
~nadyacheryl, i'll link your blog to mine :)

~faziz ar
terima kasih atas kunjungan, silakan juga membaca

~setiakasih
w/salam, pedih bawa gundah yang akhir destinasinya karam..

Popular posts from this blog

Bahagia tak mahu jejaki Aku..

Ku relakan dikau pergi..

Dendam.. Cinta.. Rindu.