Aksara Untuk Bulan

Tampak jelas indahnya kamu..bulan
Bila senang terang bulat pancarmu
Tapi mengapa ada aura sedih bersama
Seperti tersenyum.. tapi pilu
Seperti memanggil.. tapi jauh

Bintang nampak seakan dekat denganmu
bersahabat menemani di sisi
cahaya berkelip bagai gembira bersama
banyak yang suka senyum melihat
zahirnya nampak.. tapi hakikat siapa peduli?

nun di balik alam
mata melihat disebalik belakangmu..bulan
tak mampu ku lihat..tapi aku tahu ada
tiga ratus enam puluh darjah sisimu
yang dilihat nampak hanya seratus lapan puluh darjah
tak mungkin bisa ditafsir simpul
kerna yang nampak hanya separuh

sabarlah bulan
tsabatlah bulan
senyum sedihmu sesungguhnya..
...menggembirakan banyak hati

Muaz Hadi

Comments

FaZiLa said…
i like~~~

mau copy n paste lagik!!hehehe
Muaz Hadi said…
silakan cik fazila. kamu ni mmg putus n patah hati yg tak pulih2
Salam Muaz Hadi,

"jejak ke mari - menumpang bacaan".
Shazana said…
salam muaz...apa kbr?

tak disangka, tuai padi emas yang di tampi,
tak diduga, muaz hadi hebat bermadah puisi... :)

teruskan usaha!
All the best to you, bro!
Muaz Hadi said…
~zulkifli mohamed
salam kembali, mohon tunjuk ajar saudara juga :)

~shazana
sihat, lama tak nampak. hehe. alah tulis sekadar melepas perasaan hati, blasah je pun. all the best 2 u 2

Popular posts from this blog

Bahagia tak mahu jejaki Aku..

Ku relakan dikau pergi..

Dendam.. Cinta.. Rindu.