Biar tak Gugur..


Berjalan mencari bunga yang harum..
tak pasti sudah sejauh mana jalan ditelusuri.

Tak sedar juga patah dahan yang dipijak..
mungkin kerana rapuhnya patahan itu.

Bila mahu akhirnya langkah ini..
yang aku harap sinar nan bahagia.
Siapa kata aku tak sedar..
akan racun dan duri di kanan kiri ku..

aku sedar..
tapi aku punya ubatnya..
aku punya pembalutnya..
aku punya bebatnya buat bekal.

Tersadung aku,
masih mampu bangun..
ketawa senyum..
tapi dalam kalbu mengharap..
cahaya nian yang biar panas tapi menerangi..
sedar jua ancaman hangus tapi tak aku peduli..

mungkin kerana,
manis dan merdu..
aksara kasih yang telah tertanam ini..
masih mekar menanti ranum buah
biar tak gugur..


-Muaz Hadi-

Comments

FaZiLa said…
auwwwwwww..i like it very muchhhhh!!!
nak copy paste, bleh ?hehehe
Muaz Hadi said…
hahaha. boleh. tapi sesuai kah untuk ko? ko bukan tgh bahagia ke skrg? :p
Ken Wooi said…
nice poem..
but too me quite some time to decipher it because my BM karat abit edy.. =P

kenwooi.com
FaZiLa said…
ko semacam perli aku jek..
bahagia dlm derita..patah hati :p
Muaz Hadi said…
@kenwooi
karat2 pun janji faham ! hehehe

@fazila
tak perli... mengata je.. hahahawahaha
FaZiLa said…
hahaha..best giler mngata!ni puisi aku skrg,

aku maseh keliru
ragu..
gerun pengakuan itu diakhiri piluu ;p
Unknown said…
dalam pelayaran ini,
kaki tersadung menggamit kesedaran,
hati kerinduan mengundang kecintaan
jiwa luluh menghadirkan kesayuan
diri diuji menandakan kita masih lagi hambaNya

Popular posts from this blog

Bahagia tak mahu jejaki Aku..

Ku relakan dikau pergi..

Dendam.. Cinta.. Rindu.