Aku Sudah Terlalu rindu..


berlayar aku di lautan
..cuba mencari tenang

merantau aku di dataran
..cuba mengais rasa

terbang aku ke langit luas
..cuba membuang nostalgia

akhir aku kembali terdampar
ingat kan kamu..
dambakan kamu..
mencari kamu..

dan sesungguhnya
.. aku sudah terlalu rindu


aksara kata: Muaz Hadi

Comments

Anonymous said…
A'ah, aku dah terlalu rindu...
Tolonggggg!!!!!!
Huuuuuuuuuuuuu~~~
Muaz Hadi said…
ahahah. kalau rindu.. tak boleh tolong, kita kena tolong sendiri maa..
setiakasih said…
pada denai yang kita telusuri lewat senja merapati bumi
aku tuliskan sebuah puisi
nostalgia
tentang kita
tentang harapan

kau suatu keindahan yang tidak mampu aku ungkap dalam kata
senyuman manismu terakam dalam dada tak bisakan pudar

namun pabila kau tiada
aku jadi nanar
tidak keruan
melangkah dari hari ke hari
ke denai jalan yang pernah kita lalui
mengais-ngais kesan tapak kakimu
harum badanmu
deru lembut nafasmu mengenai ubun-ubunku

dan segalanya tentang kamu buat aku
rindu
seluruh alam telah kuterokai
seluruh pelabuhan di dunia aku singgahi mencari kamu
penantian dan pencarian ini tidakkan terhenti
hingga akhir hayatku ini

sungguh aku terlalui mendambakan
kamu.

Popular posts from this blog

Bahagia tak mahu jejaki Aku..

Ku relakan dikau pergi..

Dendam.. Cinta.. Rindu.