Aku sentiasa sendiri..

Aku punya penyembuh luka
tapi penyembuh itu yang melukakan
hati ku luka...

Aku punya penawar duka
tapi penawar itu yang mendukakan
hati ku duka...

Aku punya penyandar tika hiba
tapi penyandar itu yang menghibakan
hati ku hiba...

bisa sungguh katanya... menghiris
azab sunggup diskripsikanya... menyucuk
kejam sungguh andaiannya... menikam
aku katanya tiada berperikemanusiaan..
benarkah?

dia menyesal jadi penyembuh luka
dia menyesal jadi penawar duka
dia menyesal jadi penyandar hiba
dia menyesal kerana selalu menyokong
dia sungguh menyesal..

mari angin hiburkan hati ku
biar aku tenang semula
biar alam juga tahu
..aku sentiasa sendiri..
T_T

-Muaz Hadi-

Comments

setiakasih said…
duhai teman
usah merintih pada penawar luka yang menjadi penabur bisa

dia bukan tercipta untuk mungkin
relakan dia pergi
kerana dia tidak lagi sudi

pujuklah hatimu teman...
biarlah sendiri
dari penyimpan sembilu di hati

sakit rindu yang membawa ke mati
FaZiLa said…
yup..btol gk kata setiakasih tuh..nk nasihat diri sdiri gk :p

kupujuk hatiku
biarlah sendiri
dari penyimpan sembilu di hati...
setiakasih said…
salam fazila.. ~ngee
Muaz Hadi said…
@setiakasih:

aku biarkan jua..
melabuh ini pilu..
melangkah ini sakit..
aku tetap mahu dia disamping
mendukung rebah ku..
memangku hayat ku..
mendengar bisik ku..

tapi dia memilih untuk melukai ku..
menghempas kata guris hati ku..

tiada lagi kata ku..
biar aku begini..

@fazila
ewah kamu juga sudah pandai berpuisi yer skrg! bagus!
Shazana said…
andai dia memilih untuk melukaimu,
engkau perisai hati dengan kalam suci,
pasti tak terasa sakitnya luka itu,

andai dia menghempas kata guris hatimu,
sambutnya dengan senyum kesabaran dan ketabahan,
pasti kata guris itu terasa bagai angin lalu,

namun jika engkau biarkan sahaja,
disakiti, dihempas pilu,
itu bukan takdirmu,
tapi kehendak nuranimu,
yang tulus, halus,
lemah tanpa dia,
walaupun hakikatnya engkau teguh,
seteguh kasihmu padanya...
Cat Women said…
aku ingin kau tau bahwa aku sangat mencintaimu...disetiap hembus nafasku...didenyut nadiku..aku selalu mendambamu..namun pernahkah kau menyadari semua itu?
pernahkah kau sudi untuk membalas semua itu????/

Popular posts from this blog

Bahagia tak mahu jejaki Aku..

Ku relakan dikau pergi..

Dendam.. Cinta.. Rindu.