Posts

Showing posts from August, 2009

Listrik.. Adaptasi Teruap

Image
Ku lewati sepi malam ini.. menjunjung nyilu darsa hati.. letih.. tapi gagah jua mahu membisik terbuka sebelah mata.. kata terherdik Langsung apa lagi mahunya.. Meluak tumpah masih tak cukup juga.. Tak terkandung yang ada.. Tapi masih mahu.. persetan tiada.. Natijah hulur jiwa yang sakit.. meruntun lantas nahas ditimpa bukit.. Tak terasa hempasan berelung rakit.. Nyata jiwa itu songsang berpenyakit.. Adaptasi jiwa semahunya dipeluk.. Lepas siaga dasar sejauh darsawarsa.. Mahu disedut tak semua merujuk.. Lolos di dakapan ini perit terasa.. Lantas listriknya.. adaptasi teruap.. Muaz Hadi

Chenta Melati

Aku tulis atas ubun kasih akan jalan yang dipilih dan direntas ini. Tunjang rekod perjalanan semahunya di catat menjadi bukti bahawa setiap langkah adalah terarah dan tersaksi menuju destinasi yang tertetap. Mahu juga ku taburi setiap langkah dengan hawa yang indah, maka apakala kami ditakdirkan tersungkur semahunya, terkenang juga lipatan laluan yang sudah tercerna ini.. Zahir likunya mahu juga ku kongsikan, mahu juga diasimilasikan moga pohon ini berbunga membuahkan manfaat yang jitu jika tidak harum pun memadai dengan simpulan hasil yang keluar sepanjang jalan ini.. Tuhan, pada mu kami zahirkan harapan, pada mu kami rafak kan doa, pandu lah kami ke jalan yang lurus yang tiada belok sungkur di likunya, tiada sadung jatuh di siurnya dan hujung jalan natijahnya murni bagai mekarnya pucuk di embun pagi, bagai harumnya kemboja di hening malam.. Amiin