Membaca puisi cinta.. puisi rindu ...termanggu hati ini lagi merintih rindu yang satu tak sanggup menerima hakiki apa asa ku laksana kelabu kabur panggilan serasa hati Bukan aku tak mahu Bukan aku tak lari Bukan aku tak buang Bukan aku tak CUBA ... melupa kamu ... menyingkir kamu ... menyisih kamu dari puspa rindu hati ku Alam.. pujuk lah hati ku Bulan.. sejuk kan hati ku Hujan.. lemas kan rindu ku Aku tiada daya lagi Aku tiada daya lagi Aku tanpa daya lagi ... merawat sendiri rindu ini ... membebat sendiri luka ini ... menyandar sendiri pada harapan Pilu ini susungguhnya menifestasi kasihku yang tiada cabang satu arah yang lurus untuk hati nya adakah... ini.. suratan perpisahan Aduhai bahagia tak mahu jejaki aku... - Muaz Hadi - kredit gambar clownpictures.org
Indahnya sewaktu kita bersama Terasa bagai di syurga Engkaulah sinaran cahaya ilhamku Penawar kedukaanku Sehingga kini ku masih terbayang Ketika memadu cinta Tak daya ku melupakan segalanya Kenangan cinta kita Setelah ku kehilangan dirimu Seluruh hidupku kegelapan Tanpa kasih sayang darimu Aku tenggelam dan karam di lautan Cinta suci Biarlah ia pergi Demi kebahagianmu Ku relakan dikau Pergi dariku Oh kasih mengertilah Hatiku ini yang terluka Nantikan ku di pintu syurga Hanya airmata Menjadi teman hidupku
Cinta bawa sayang sayang bawa rindu rindu bawa kenangan kenangan bawa pilu pilu bawa hiba hiba bawa seksa seksa bawa sakit sakit bawa perit perit bawa dendam... Apa itu akhir cinta? Apa itu haluan rindu? Apa takdir kasih? Airmata Kelopak natijah rindu Terpahat mungkin hilang Terkesan sukar pupus Alahai aduhai.. ..rindu.. ...rindu.... ....rindu..... - Muaz Hadi - Kredit gambar
Comments