Kedu dalam Sunyi


Mengungguli daerah sunyi..
Menyanjungi perit sepi..
Hamba terhadang lautan mimpi..
Mengenang nostalgia tiada bertepi..
Kantung bahagia kosong tak terisi..

Demi kelam malam..
Mahu ku hitung azab seram..
Mahu ku buang kelabu kusam..
Mahu ku dakap cerah tenteram..
Tapi daya ku pasrah tak terlaram..

Hentakan mulus membidik rasa..
Berterabur nilai ungkapan jiwa..
Justifikasi bukti kasih melara..
Jauh renungan mengundang air mata..
Kudus titisannya ditendang hina..
Terkedu aku di hamparan maya..

Muaz Hadi

Comments

Anonymous said…
mak aii, makan hati la ni..
Anonymous said…
kebanyakkan entry dlm nih sedih2 belaka...depressed stressed tensi.
x de ke yg hepi-hepi?
Muaz Hadi said…
huhu.. yg hepi2 pun ada. tapi buat masa ni tema dia mmg gitu, nak wat cam ner.. ikut mood penulis.

Popular posts from this blog

Bahagia tak mahu jejaki Aku..

Ku relakan dikau pergi..

Dendam.. Cinta.. Rindu.