Rebah Hati Menanti Mithali


Tersungkur rebah tertiarap tanpa kerlipan..
Seluruh jasad menyembah bumi
Azabnya..mencalar tunjang keyakinan
Tak sanggup ku toleh untuk bangun lagi..

Bukan kaki dipangkas..
...tapi kalbu digilis..

Remuk.. parah.. apa mampu terpulih..
Hiba diramas bersulam kecewa..
Terpalit lumpur pada hujung hati.. pedih..
Sedih dasar namun.. ada yang tertawa..
Total tersungkur aku pada yang memilih..

Rebah aku dipangkuan hati sendiri..
Rebah aku apa mampu ku bangun kembali..
Rebah aku menuntut.. penawar mithali


Muaz Hadi
Katil Wad Neurology

Comments

Anonymous said…
bukan kaki dipangkas.. tapi hati digilis..

sedap bro..
Anonymous said…
encik muaz
asal puisi kau asik stok jiwang2 je
buat la puisi yang erotik sikit
baru mantap
hahahaha
Muaz Hadi said…
jiwang kecewa kan satu 'niche' yg bagus. erotik kasik azmeer je yg wat. tu niche org lain tuh, aku blum sampai tahap tu. huhu
antuawe said…
Katil Wad Neurology

ko wat pe kat saner?
Muaz Hadi said…
aku lepak usha nurse. hahaha

Popular posts from this blog

Bahagia tak mahu jejaki Aku..

Ku relakan dikau pergi..

Dendam.. Cinta.. Rindu.