Adiwarna Hati 2008

Akar kukuh menjalar menjadi paksi bersaksi..
Teguhnya jangkauan malar jiwa bermisi..
Agresif kayuhan tak tersampai destinasi..
Tersasar.. jauh terarah dari liputan asal peribadi..
Aku hanyut berpuisi..

Tirai senja 2008 berlabuh menutup jangkanya..
Apa azaman nya terhenti sayu tanpa gemilang lantera?
Apa harapan nya terkatup lesu tanpa gembira?
Apa capaian nya terbantut tanpa garis jaya?
Tiada yang berjaya didakap.. hampa

Lautan ku renung dalam birunya mengasyikkan..
Fikiran jauh melayang tak kepayang diimbaskan..
Mana kasih ku tagih tahunan tak terdatangkan..
Melukut lagi aku di tahun dua ribu lapan..
Benar kata nista.. kembang bunga tak lama di laman..

Jalan hidup mesti diteruskan..
Biar dihadang ombak dugaan..
Biar dihalang sakit hentakan..
Langkah buka mahu diiringkan..
Berbekal hati jitu semerah lipan..

Ya Allah..
Kurniakan aku hati yang lurus.. jangan terbelok
Kurniakan aku hati yang teguh.. jangan terkepak
Kurniakan aku hati yang suci.. jangan tercemar
Kurniakan aku hati yang subur.. jangan terkapar

2009 mahu ku rentas bersama kejituan hati..
2008 mahu ku tinggalkan dengan warna adi!


Muaz Hadi
1 Jan, Maghrib

Comments

Titiwina said…
best. cantik indah sungguh bahasa melayu ni kalau pandai dimainkan.

Popular posts from this blog

Bahagia tak mahu jejaki Aku..

Ku relakan dikau pergi..

Dendam.. Cinta.. Rindu.